Monday, December 19, 2016

Mengapa perjanjian TNB dan YTL di anggap berat sebelah?


Pada tahun-tahun 1992 dan 1996, beberapa buah negeri Semenanjung di landa blackout yang meluas.

Khabarnya, Tun M, pada masa itu Perdana Menteri, tersangatlah marah atas kejadian ini.
YTL di jemput untuk membangunkan sebuah janakuasa bebas (sebelum ini semua janakuasa di bina dan di miliki oleh TNB sendiri).



Menurut, TS Ani Arope, CEO TNB di waktu itu, adalah biasa kos untuk setiap Kwh tenaga adalah 12 sen dan di bekalkan kepada para pengguna pada 17 sen.

Untuk YTL, TNB di paksa membayar 17 sen dan kerana kos tambahan terbit dari klausa "take or pay", kos kepada TNB untuk setiap Kwh adalah 23 sen!

Apa dia klausa "take or pay" ini?

Pertama, kita perlu ingat bahawa walaupun perjanjian PPA (Power Purchasing Agreement - Perjanjian Pembelian Kuasa) ini adalah di antara TNB dan YTL, yang negotiate terma-terma dan klausa-klausa tertera di dalam PPA dengan YTL adalah Unit Perancang Ekonomi di Jabatan Perdana Menteri (JPM).

TNB TIDAK di benarkan menentukan terma dan klausa di dalam perjanjian tersebut walaupun TNBlah yang terpaksa terikat dengan terma dan klausa perjanjian kelak.

Kuasa tenaga elektrik tidak boleh di simpan. Maka, tenaga yang di jana oleh YTL yang tidak di beli oleh TNB (sewaktu bukan waktu puncak atau peak time) akan hilang begitu sahaja.
Rugilah YTL kan?

Maka, TNB terpaksa menerima klausa "take or pay", ini bermakna walaupun di waktu bukan puncak, TNB terpaksa membeli paling kurang 80% kuasa yang jana oleh YTL. Kalau ambil kurang dari 80%, pun kena bayar 80%.

Dahlah di jual tenaga eletrik kepada TNB pada harga yang tinggi tetapi ada jumlah minima pulak.

You take, you pay. You dont take also, you have to pay. Bagus punya business.

Ada lagi satu bab.

Untuk menjana kuasa, YTL perlukan gas untuk stesen janakuasanya.

Tun M memaksa Petronas menjual gas kepada harga diskaun (di bawah harga pasaran) yang merupakan sebentuk subsidi kepada pemilik-pemilik stesen-stesen janakuasa bebas ini (IPP - Independent Power Producer).

Dari tahun 1997 hingga tahun 2008, subsidi ini berjumlah RM35.6 bilion.

Jumlah subsidi yang terbesar sekali adalah kepada YTL, milik Tan Sri Francis Yeoh, sebanyak RM7.75 bilion dan Genting Sanyen, milik Tan Sri Lim Goh Tong, sebanyak RM5.52 bilion dan Segari Power Venture, sebanyak RM6.7 bilion, milik TS Syed Mokhtar Al-Bukhari.

Sepatutnya, bukan Francis Yeoh seorang sahaja yang sepatut tunduk mencium tangan Tun M.

Saiful Bahari Baharom

No comments:

Post a Comment