DAP terbukti sebagai ketua pakatan pembangkang apabila Penasihatnya Lim Kit Siang secara bersendirian menamakan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai Perdana Menteri manakala Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Timbalan Perdana Menteri sementara.
Kit Siang nampaknya seperti sudah mempunyai kuasa mutlak dalam Pakatan Harapan (PH) pembangkang apabila mendahului semua pemimpin dalam pakatan itu dari PKR, PAN dan PPBM untuk menamakan jawatan berkenaan.
Kit Siang membuat pengumuman itu ketika menghadiri Majlis Makan Malam Kutipan Dana anjuran Jawatankuasa Perhubungan DAP Parlimen Bukit Gelugor, semalam.
Kit Siang tidak pun mengambil langkah mengadakan perbincangan dulu dengan Presiden PAN, Mohamad Sabu, atau Pengerusi PPBM, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Menamakan Muhyiddin yang juga Presiden PPBM sebagai Timbalan Perdana Menteri boleh dianggap sebagai satu penghinaan kepada Muhyiddin yang sudah lama berada dalam politik sejak di dalam UMNO dan Barisan Nasional (BN).
Bagi pihak Mohamad Sabu atau Mat Sabu pula, pasti ada calon lain yang difikirkan oleh mereka layak menjadi Perdana Menteri dan bukannya Dr Wan Azizah.
Selain itu, calon berkenaan juga dilihat bukanlah calon terbaik bagi banyak pihak dan bagi mereka ia hanyalah satu jenaka politik yang melucukan.
Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata selepas Dr Wan Azizah menjadi Perdana Menteri proses untuk melantik suami beliau, Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas mendapat pengampunan dari Yang di-Pertuan Agong masih panjang dan tidak mudah.
Ini kerana, Dr Wan Azizah perlu mengosongkan kerusi Parlimen Permatang Pauh sekali lagi untuk Anwar bertanding dan kemudian banyak lagi proses yang melibatkan tempoh masa yang panjang.
Anwar sendiri hanya boleh bertanding selepas 2023 iaitu pada usianya 76 tahun. Benarlah kata Mahathir, Anwar sudah terlalu tua untuk jadi PM.
Bukan semudah itu yang Kit Siang perkatakan dalam kenyataannya.
Kenyataan berkenaan juga mungkin mengguris hati Dr Mahathir yang diketahui mahu anaknya Datuk Seri Mukhriz sebagai Perdana Menteri ataupun anak angkatnya Azmin Ali sebagai PM.
DAP membuktikan mereka adalah taiko dalam pembangkang. Mahathir dan Muhyiddin tidak boleh berbuat apa apa.
Mahathir hanyalah pengemis politik sahaja. Kalau melawan cakap Kit Siang, boleh jadi Mahathir dan PPBM akan disingkir keluar dari pakatan pembangkang.
DAP tidak berubah. Prinsipnya masih sama, chauvinisnya masih sama. Yang berubah adalah Mahathir, memaafkan dan bercium mulut dengan Kit Siang semata mata untuk berkuasa kembali.
Esok lusa, calon Perdana Menteri pembangkang bertukar lagi. Itulah yang akan terjadi seterusnya. Kenapa jadi begitu? Kerana mereka semua ada agenda peribadi dan mimpi yang berasingan. Tidur sekatil tetapi mimpi lain lain.
No comments:
Post a Comment