Tuesday, November 1, 2016

Rasional harga minyak petrol diapungkan pada penghujung 2014


Sepertimana yang kita sedia maklum, bila harga minyak dunia turun, kita telah memutuskan untuk mengapongkan harga minyak mengikut sistem apongan terkawal, ini bermakna kita tidak lagi memberikan subsidi untuk Ron 95, mahupun Diesel. Harga purata bulan Oktober akan menjadi harga bulan Nov. Purata maksudnya harga dari 1hb hingga 31hb dibahagi dengan 31 hari. Bukan harga minyak dunia dihujung bulan mengikut pemahaman sesetengah pihak.



Ramai yang masih tidak boleh terima bahawa kita perlu berhenti memberikan subsidi secara pukal dan membantu rakyat melalui pengagihan subsidi kepada kumpulan sasar yang betul.  Subsidi pukal yang diberi sebelum ini bererti orang kaya dan orang miskin menerima nilai subsidi yang sama.  Contohnya pada bulan Julai 2014, setiap liter Ron 95, kita memberikan subsidi sebanyak 63 sen seliter.  Ini bermakna orang kaya dan orang miskin akan menerima nilai subsidi yang sama setiap liter.

Malangnya si kaya menggunakan kuantiti minyak yang jauh lebih banyak berbanding si miskin.  Contohnya si miskin yang menggunakan kereta Kancil, bila mereka mengisi tangki mereka penuh dengan Ron95, jumlah subsidi yang mereka terima hanyalah sekitar RM18.00.  Manakala mereka yang datang dari kelas menengah yang menggunakan Toyota Camry membelanjakan RM150.00 untuk mengisi penuh tangki mereka.  Jumlah subsidi yang terpaksa kerajaan bayar kepada mereka adalah sebanyak RM45.00, ini lebih kurang 3 kali ganda lebih besar dari si miskin tadi.  Adakah ini adil?

Apa jadi pada petani yang hanya ada sebiji Honda Cup yang cuma menggunakan sekitar 3 liter petrol untuk memenuhkan tangki motor mereka.  Subsidi yang dia dapat hanya RM 1.89.  Banyak mana pula subsidi yang diterima oleh mereka yang menggunakan Mercedese, BMW, Land Crusier dan sebagainya? Sudah tentulah, lagi besar tangki mereka dan lagi banyak “petrol consumption” mereka, lagi berat beban subsidi yang terpaksa kerajaan tanggung.

Berdasarkan kajian yang dibuat oleh kementerian kewangan, kita membelanjakan 70% dari nilai subsidi kita untuk membantu orang kaya, manakala hanya 30% subsidi yang kita berikan dalam bentuk Ron 95 dan Diesel dinikmati oleh rakyat terbanyak.  Itu sebabnya, pemberian subsidi ini perlu kita rasionalkan.

Dalam masa yang sama juga kita perlu sedar bahawa duit yang kita kutip daripada  pembayar cukai sewajarnya di pulangkan kepada rakyat Malaysia. Dibawah sistem subsidi pukal, Warga Indonesia dan Bangladesh yang tinggal di Malaysia juga akan menikmati subsidi hasil dari cukai yang dibayar oleh rakyat Malaysia.  Malah, setiap hari terutamanya dihujung minggu, subsidi yang diberikan oleh kerajaan kepada rakyat Malaysia bocor kepada kereta Singapura, diseludup ke Thailand dan Filipina dan tidak kurang juga dijual diperairan antarabangsa.

Subsidi bererti bantuan, pertolongan dan pemberian dari kerajaan kepada rakyatnya. Jika ditanya siapakah yang patut mendapat pertolongan, sudah pastilah pertolongan itu perlu kita utamakan yang susah dahulu sebelum yang senang. Mestilah diberikan kepada rakyat kita, bukan warga asing.

1 comment:

  1. faham bro. zaman sekarang maklumat boleh dapat di hujung jari. yang sahih ke, yang fake ke, yang fitnah ke semua boleh dapat. cuma yang paling tak faham;
    1. kenapa kenaikan harga minyak masak serentak dengan kenaikan petrol dan diesel?
    2. adakah sebab kedua-duanya bernama minyak?
    pada hujung oktober pm selaku menteri kewangan membentangkan bajet 2017.
    3. kenapa kenaikan harga minyak masak berlaku dalam bulan november 2016, awal 2 bulan daripada 1 januari 2017? kenapa subsidi ditarik pada november 2016, bukan januari 2017? ada sesiapa boleh beri penjelasan?

    ReplyDelete