Monday, October 31, 2016

@MyRapidKL beri penjelasan lanjut isu "refund" perkhidmatan lambat lebih 15 minit


[KENYATAAN MEDIA]

Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) merujuk kepada jawapan bertulis Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB Dato' Sri Nancy Shukri di Parlimen hari ini mengenai kelewatan dalam perkhidmatan LRT dan monorel.




Menjawab soalan bertulis Anggota Parlimen Alor Gajah, YB Datuk Koh Nai Kwong, YB Dato' Sri Nancy menyatakan bahawa para pengguna LRT dan monorel ada hak untuk menuntut pembayaran balik sekiranya kelewatan tren melebihi 15 minit.

Pembayaran balik diberikan dalam bentuk kupon percuma untuk perjalanan sehala sahaja. Tempoh sah kupon tambang percuma ini adalah lima hari dari tarikh dikeluarkan.

Prasarana ingin menjelaskan bahawa pengguna boleh membuat tuntutan berkenaan sekiranya mereka sudah membeli tiket tetapi tidak ingin meneruskan perjalanan menggunakan perkhidmatan LRT berikutan kelewatan tren tersebut.  

Sekiranya pengguna masih meneruskan perjalanan dengan menaiki LRT,  hak tuntutan itu terbatal dengan sendirinya.   

Prasarana berharap kenyataan ini akan dapat menjelaskan apa jua kekeliruan yang timbul.


Jabatan Komunikasi Kumpulan & Pemasaran Strategik
Prasarana Malaysia Berhad

Dikeluarkan pada 31 Oktober 2016

- TAMAT  - 
Berikut adalah maklumat tambahan kepada jawapan bertulis Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB Dato' Sri Nancy Shukri di Parlimen hari ini mengenai tuntutan pembarayan kelewatan dalam perkhidmatan LRT dan monorel.

No comments:

Post a Comment