KL CHRONICLE: Kenyataan Media @AKaprawi , Timbalan Menteri @MOTMalaysia #MoveForward

Monday, November 28, 2016

Kenyataan Media @AKaprawi , Timbalan Menteri @MOTMalaysia #MoveForward


Sejurus selesai persidangan Dewan Rakyat bagi Mesyuarat Ketiga, Penggal Keempat, Parlimen Ke-13, saya mewakili Kerajaan Malaysia, hadir ke "Global Sustainable Transport Conference" di Asgabat, Turkmenistan. 

Persidangan ini dianjurkan oleh Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Ban Ki-Moon yang menyedari kepentingan sistem pengangkutan yang mampan bagi mendepani perubahan iklim dan cabaran masa hadapan.




Persidangan ini membawa wakil Kerajaan-kerajaan, wakil PBB dan organisasi antarabangsa yang lain, sektor swasta, dan masyarakat sivil untuk melibatkan diri dalam dialog yang menekankan sifat bersepadu dan cross-cutting pengangkutan mampan dan pelbagai peranan dalam menyokong pencapaian pengangkutan mampan. Semua perkara dalam pengangkutan jalan raya, kereta api, penerbangan, feri dan maritime akan dibincang dan ditangani bersama.

Komitmen Malaysia dalam menyediakan sistem pengangkutan yang mampan telah dizahirkan dalam pembentangan Bajet 2017 yang sudah diluluskan oleh Dewan Rakyat. Seperti dimaklumi, antara projek pengangkutan awam darat yang telah dan akan disiapkan oleh kerajaan termasuk membantu pemain industri demi kesejahteraan rakyat adalah seperti berikut: 

1. Projek sambungan jajaran LRT laluan Kelana Jaya dan Ampang. telah pun beroperasi pada bulan Jun yang lalu. 

2. Perkhidmatan MRT laluan Sungai Buloh-Kajang akan beroperasi pada 16 Disember 2016. Ini memberi manfaat kepada 1.2 juta pengguna di Lembah Klang.

3.  Menambah baik pengangkutan awam di luar bandar dengan pelaksanaan projek rel baharu East Coast Rail Line, menghubungkan Lembah Klang ke Pantai Timur sepanjang 600 kilometer yang melalui Port Klang, ITT Gombak, Bentong, Mentakab, Kuantan, Kemaman, Kerteh, Kuala Terengganu, Kota Bharu dan berakhir di Tumpat secara berfasa dengan anggaran kos 55 bilion ringgit. Ini sekali gus akan meningkatkan dinamik ekonomi pantai timur seiring dgn pembangunan arus perdana.

4. Penyediaan geran 5 ribu ringgit untuk membeli kenderaan baharu dan menawarkan permit teksi individu. 

5. Skim PERKESO kepada pemandu teksi individu yang berpendapatan sehingga 3 ribu ringgit sebulan akan diperkenalkan dengan geran pelancaran 60 juta ringgit.

6. Di bawah Skim ini, pemandu teksi perlu membuat caruman pada kadar 157 ringgit hingga 443 ringgit setahun, yakni, hanya 13 ringgit 8 sen sebulan. Sekiranya berlaku kemalangan sewaktu bekerja, mereka layak membuat tuntutan daripada PERKESO.

7. Pemandu teksi yang hilang upaya kekal akan menerima bayaran pukal berjumlah 43 hingga 121 ribu ringgit dan bayaran bulanan antara 1,281 hingga 2,624 ringgit sepanjang hayat. Sekiranya pemandu tersebut meninggal dunia, warisnya akan mendapat Faedah Orang Tanggungan pada kadar 945 hingga 2,655 ringgit sebulan.

8. Kerajaan menggalakkan penyertaan mereka sebagai pemandu ride-sharing seperti pemandu UBER, terutama bagi pemilik kenderaan sendiri.

9. Bagi mereka yang tidak memiliki kenderaan, bayaran pendahuluan boleh dibuat menggunakan BR1M dan rebat sebanyak 4 ribu ringgit bagi pembelian kereta Proton Iriz.

#SustainableTransport #MoveMalaysia
Ab Aziz Bin Kaprawi
Timbalan Menteri Pengangkutan Malaysia

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget