Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak ketika merasmikan Pameran dan Simposium Pengangkutan Awam Darat (LPT) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) akhirnya mendedahkan mengapa beliau melantik Tan Sri Syed Hamid Albar sebagai Pengerusi SPAD bagi menerajui transformasi pengangkutan awam darat di negara ini.
Memetik kata - kata Yang Amat Berhormat (YAB) Perdana Menteri:
"Bila saya memikirkan siapa yang layak jadi pengerusi, saya memberitahu diri saya, sekiranya ada seseorang yang boleh mengendalikan pemimpin-pemimpin dunia yang sukar dibawa berbincang, sudah pasti orang itu boleh mengendalikan sistem pengangkutan awam darat.
"Maka dengan itu saya memilih Tan Sri Dr Syed Hamid Albar sebagai pengerusi SPAD. Dia telah menjalankan tugasnya dengan baik dan kini setelah hampir enam tahun, telah banyak yang dicapai oleh SPAD," katanya.
Bagi kami di #KLChronicle, kenyataan YAB Perdana Menteri ini membuktikan bahawa SPAD, dibawah kepimpinan Tan Sri Syed Hamid Albar telah banyak mencapai kejayaan dalam mentransformasikan industri pengangkutan awam darat negara. Malah, setelah 6 tahun menerajui SPAD, Tan Sri Syed Hamid Albar telah mewujudkan banyak "produk" baharu demi kesejahteraan rakyat.
Kerajaan juga, melalui komitmen yang dijanjikan Perdana Menteri telah berbelanja hampir RM 70 billion ringgit sejak 6 tahun yang lalu demi menaiktaraf serta membangunkan pengangkutan awam darat di negara ini. Kerana komitmen kerajaan BN inilah kita pada hari ini dapat menggunakan sistem pengangkutan awam darat yang bertaraf dunia dan dikawal selia oleh SPAD.
Malah jika dilihat sejak 6 tahun SPAD ditubuhkan, pengangkutan awam darat di Kuala Lumpur terutamanya kini semakin hebat dimana terdapat pelbagai mod pengangkutan yang boleh dipilih oleh rakyat dan juga pelancong dari dalam dan luar negara. Antara mod pengangkutan yang popular di Kuala Lumpur adalah LRT, Monorel, Bas RapidKL, Bas G0-KL, ETS, KTM Komuter, dan sebagainya yang kini menjadi denyut nadi warga Kuala Lumpur.
Konklusinya, kerajaan BN dibawah Perdana Menteri Datuk Seri Haji Najib Bin Tun Abdul Razak dan SPAD dibawah Tan Sri Syed Hamid Albar telah komited 100% bagi memastikan sistem pengangkutan awam darat di negara ini menjadi antara yang terbaik di dunia. Kerajaan komited dari segi perbelanjaan untuk mengeluarkan duit dan SPAD komited dengan mengawal selia semua projek yang ada bagi memastikan ianya siap dalam tempoh yang ditetapkan.
Sebagai rakyat di negara ini, kami bersyukur dengan usaha murni kerajaan dan SPAD dalam meningkatkan kesejahteraan rakyat di bandar terutamanya Kuala Lumpur. Terima Kasih!
No comments:
Post a Comment