*Kenyataan Media*
*J Dhinagaran*
*Malaysian Indian Congress (MIC)*
*Central Working Committee (CWC) Member*
1. Tiga (3) hari lagi masyarakat beragama Hindu di negara ini akan menyambut perayaan Deepavali. Namun malangnya bagi masyarakat beragama Hindu di Pulau Pinang apabila perayaan Deepavali kali ini hambar dan suram akibat *kegagalan kerajaan negeri DAP* menghiasi kawasan Lebuh Pasar (Penang Little India), yang terletak dibawah George Town Unesco World Heritage Site.
2. Umum ketahui bahawa kawasan Penang Little India merupakan kawasan tumpuan pelancong yang gemar untuk membeli belah di kedai – kedai yang dimiliki oleh masyarakat beragama Hindu di negeri ini. Dengan kehadiran Deepavali yang tidak lama lagi, para peniaga serta penduduk beragama Hindu di Pulau Pinang mengharapkan kerajaan negeri menghiasi Penang Little India dengan lampu dekoratif, serta perhiasan – perhiasan lain bagi menyambut Hari Deepavali seperti yang dilakukan oleh Kementerian Wilayah Persekutuan di kawasan Little India, Brickfields, Kuala Lumpur.
3. Namun malangnya, sambutan Deepavali nampaknya tidak diambil endah oleh kerajaan DAP Pulau Pinang dan Timbalan Ketua Menteri Profesor P. Ramasamy. Masyarakat beragama Hindu di negeri ini berasa diabaikan oleh kerajaan DAP sehingga perayaan kami sendiri tidak diberi perhatian oleh kerajaan negeri.
4. Malah, bukan sahaja di Pulau Pinang, malah di Selangor juga kerajaan PKR dibawah Azmin Ali nampaknya gagal memberi penghormatan kepada masyarakat beragama Hindu dengan mengabaikan perayaan Deepavali di sana (Rujukan: http://www.nst.com.my/news/2016/10/182641/atmosphere-klangs-little-india-sombre-traders-blame-state-govt)
5. Lebih menyedihkan apabila kerajaan negeri lebih berminat untuk menganjurkan Penang Run di kawasan Esplanade berbanding membelanjakan sedikit wang untuk menghiasi Penang Little India bagi masyarakat beragama Hindu yang telah lama menetap di negeri ini. Mengapa perkara sebegini terjadi?
6. Persoalanya sekarang, *mengapakah masyarakat beragama Hindu di Pulau Pinang dilayan seperti “second class citizen” di negeri kami sendiri?* Adakah kerana kami (masyarakat beragama Hindu) adalah minoriti di negeri ini oleh itu DAP boleh melayan kami sebegini rupa sehingga perayaan kami juga tidak diendahkan oleh kerajaan negeri?
7. Profesor P. Ramasamy perlu ingat bahawa *kami juga mempunyai hak yang sama keatas negeri ini* seperti orang lain dan kami tidak boleh “ditendang” keluar begitu sahaja.
8. Kepada Profesor P. Ramasamy, apa yang telah anda lakukan untuk menyelesaikan perkara ini? Jangan hanya berselindung disebalik Ketua Menteri Lim Guan Eng dan bersikap penakut tanpa melakukan apa – apa. Masyarakat beragama Hindu tidak akan melupakan tindakan pengecut anda ini sehingga perayaan Deepavali di negeri kami sendiri disabotaj oleh kerajaan negeri.
*Tamat*
No comments:
Post a Comment