KL CHRONICLE: Mahu RM 5,000? Pesanan penting untuk semua pemandu teksi di #Malaysia Cc @SPADChannel

Wednesday, September 21, 2016

Mahu RM 5,000? Pesanan penting untuk semua pemandu teksi di #Malaysia Cc @SPADChannel

Image result for azharuddin ceo spad

Umum ketahui bahawa isu industri teksi ini sememangnya satu isu yang hangat diperkatakan. Tambahan pula sekarang dengan muncul nya perkhidmatan e-hailing seperti Uber dan GrabCar ramai pemandu teksi yang tidak puas hati dan menyalahkan kerajaan atas permasalahan ini. Namun bagi kami di #KLChronicle, punca utama pendapatan pemandu teksi terjejas adalah bukan kerana Uber atau GrabCar tetapi sistem pajak teksi yang diperkenalkan oleh Dr. Mahathir Mohamad.

Sistem pajak teksi ini menyebabkan hanya sebilangan kecil kroni yang mempunyai lesen teksi mendapat untuk berjuta-juta ringgit "atas angin" diatas keringat pemandu teksi yang terpaksa bekerja siang dan malam untuk mencari rezeki. Menyedari hakikat ini serta nekad untuk membantu pemandu teksi, kerajaan melalui SPAD telah mewujudkan Program Transformasi Industri Teksi (TITP) dimana program ini telah mendapat persetujuan dan kelulusan kabinet.

Antara perkara utama yang dilakukan oleh TITP adalah memberi lesen persendirian teksi kepada pemandu teksi yang sudah tamat/langsai hutang teksi dengan syarikat teksi mereka. Memetik kata  - kata Chief Executive Office (CEO) Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) Mohd Azharuddin Mat Sah:



“Pemandu teksi yang tiada lagi terikat kepada kepada syarikat teksi mereka boleh datang untuk mendaftar dengan kami bagi proses memohon permit persendirian/ individu”

Selain itu, menurut Encik Mohd Azharuddin Mat Sah, SPAD memberi bantuan dalam satu proses yang sangat unik dimana kerajaan akan memberikan “seed money” sejumlah RM5,000 untuk membantu pemandu teksi untuk membeli kereta baru untuk dijadikan teksi   (tidak semesti nya (PROTON)). Ini akan menyelesaikan isu modal yang selalu dibangkitkan oleh pemandu teksi untuk membeli kereta baru. Bantuan RM 5,000 ini adalah hasil usaha SPAD demi pemandu teksi dan kerajaan BN dibawah Datuk Seri Haji Najib B Tun Abdul Razak telah memberi kelulusan terhadap usul ini. 


Konklusinya, kerajaan dibawah kepimpinan Datuk Seri Haji Najib Bin Tun Abdul Razak tidak pernah sama sekali mengabaikan pemandu teksi. Malah, segala program transformasi yang dilakukan oleh kerajaan BN melalui SPAD adalah demi kesejahteraan mereka yang terlibat dalam industri pengangkutan awam darat. Dengan mandat yang lebih kukuh pada PRU akan datang dan sokongan terhadap usaha - usaha yang dilakukan oleh SPAD, kami di #KLChronicle yakin lebih banyak kebaikkan dapat dibawa oleh kerajaan BN untuk pemandu teksi di negara ini. 

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget