KL CHRONICLE: @VellPaari : Selamat Menyambut Hari Merdeka Ke-59 Malaysia #SehatiSejiwa #HappyIndependenceDay

Wednesday, August 31, 2016

@VellPaari : Selamat Menyambut Hari Merdeka Ke-59 Malaysia #SehatiSejiwa #HappyIndependenceDay


*Selamat Menyambut Hari Merdeka Ke-59 Malaysia*

Hari ini merupakan hari yang bersejarah bagi seluruh rakyat Malaysia kerana kita telah menyambut hari kemerdekaan kita yang ke - 59. Sepanjang 59 tahun kemerdekaan kita, pelbagai rintangan serta cabaran yang kita hadapi namun akhirnya masyarakat di negara ini tetap bersatu demi negara yang tercinta. 




Malangnya, sikap serta perasaan cintakan negara kini dilihat semakin luntur dikalangan rakyat Malaysia akibat perbezaan politik serta ideologi. Ini dapat dibuktikan apabila terdapat pemimpin - pemimpin politik yang menjadikan sambutan hari kemerdekaaan sebagai peluang untuk meraih populariti murahan. 

Ini termasuk penghinaan terhadap lagu Negaraku, bendera Malaysia serta kritikan terhadap tindakan mengibarkan jalur gemilang sempena menyambut hari kemerdekaan kita. Bagi saya, tindakan ini merupakan satu tindakan bodoh yang hanya ingin memecah-belahkan rakyat di negara ini. 

Harapan saya adalah kita sebagai rakyat yang cintakan keamanan serta keharmonian negara akan terus mendokong semangat #1Malaysia dan #SehatiSejiwa menolak segala bentuk politik rasis dan chauvinis yang cuba dibawa oleh pengkhianat negara. 

#Merdeka #Merdeka #Merdeka

*KENYATAAN MEDIA*
*DATO SRI S.VELL PAARI

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget