KL CHRONICLE: #DemiRakyat MCA : Keadaan politik negeri Terengganu terkawal

Monday, August 8, 2016

#DemiRakyat MCA : Keadaan politik negeri Terengganu terkawal

Image result for liow tiong lai terengganu

Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai hari ini menegaskan bahawa isu dan kemelut politik di negeri Terengganu adalah terkawal dan memahami bahawa isu ini merupakan masalah dalam UMNO. MCA percaya dan yakin bahawa masalah ini akan dapat diselesaikan dengan cara yang baik tanpa menggugat kestabilan kerajaan negeri. Memetik kata - kata Datuk Seri Liow Tiong Lai:



“Letak kan kepentingan rakyat dan kerajaan negeri sebagai keutamaan dan kita boleh dapati kerajaan yang stabil. Saya kira keadaan dalam kawalan dan berkeyakinan ia boleh diselesaikan” 
“Hanya UMNO sahaja yang boleh mengatasi nya, jika ada pergantungan dewan akibat kamelut ini, ia tidak akan memberi apa apa manfaat kepada rakyat dan kerajaan negeri terpaksa dibubarkan untuk diadakan pemilihan semula” 
‘Ini pasti nya akan akibatkan keadaan huru hara dan ia nya tidak diperlukan lansung kerana pilihanraya negeri dan pusat selalu diadakan serentak”

Bagi kami di #KLChronicle, apa yang dikatakan oleh Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai ada benarnya. Apa yang penting adalah kepentingan rakyat diberi keutamaan dan bukan cita - cita politik beberapa individu di negeri Terengganu. Malah, bagi memastikan kerajaan negeri kembali stabil individu - individu yang terlibat perlu duduk dan berbincang tanpa menyebabkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu dibubar sehingga mengakibatkan pilihanraya negeri yang baru. Ini hanya akan membazirkan jutaan wang ringgit. 

Selain itu, kami di #KLChronicle juga gembira dengan politik matang yang ditunjukkan oleh Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai yang memahami gerak kerja parti dalam Barisan Nasional dimana tidak ada campur tangan dari parti komponen dalam hal dalam parti komponen yang lain. Ini berbeza dengan parti pembangkang seperti DAP yang sentiasa masuk campur dalam hal parti pembangkang yang lain seperti yang terjadi dengan PAS baru - baru ini. 

Konklusinya, rakyat harus sedar bahawa Barisan Nasional, walaupun terdapat sedikit kelemahan tetap merupakan coalition yang paling baik untuk mentadbir kerajaan negara kita. Track rekod kerajaan Barisan Nasional telah membuktikan bahawa sepanjang 59 tahun mentadbir Malaysia, banyak pembangunan baik dari segi fizikal mahupun insan telah berjaya diwujudkan untuk kesejahteraan rakyat. Bukankah ini yang kita semua mahukan?

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget