KL CHRONICLE: @weekasiongmp : #DemiRakyat MCA akan letak 4 calon Parlimen & 10 DUN di Pulau Pinang

Sunday, July 31, 2016

@weekasiongmp : #DemiRakyat MCA akan letak 4 calon Parlimen & 10 DUN di Pulau Pinang



Menyedari bahawa rejim DAP bakal membubarkan DUN Pulau Pinang demi menyelamatkan Pemimpin Agung mereka iaitu Lim Guan Eng, MCA hari ini telah mengesahkan bahawa mereka akan meletakkan 4 calon Parlimen & 10 DUN di Pulau Pinang bagi menghadapai Pilihan Raya Negeri yang bakal diadakan.


Walaupun secara dasarnya MCA & Barisan Nasional tidak bersetuju dengan tindakan tidak bertanggungjawab rejim DAP yang hanya membubarkan DUN demi menyelamatkan pemimpin mereka yang korup, namun tanggungjawab MCA terhadap rakyat tetap perlu dilaksanakan. 

Atas dasar tanggungjawab inilah MCA akan bertanding di PRN Pulau Pinang bagi memastikan rejim DAP tidak lagi menjadi kerajaan negeri sekaligus kehidupan rakyat Pulau Pinang akan kembali pulih seperti sediakala. 

Umum ketahui bahawa sejak rejim DAP berkuasa di Pulau Pinang rakyat telah semakin tertindas dengan harga rumah yang melambung tinggi mencecah jutaan ringgit, peniaga dihalau dari berniaga oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), surcaj air yang tertinggi di Malaysia dan pelbagai lagi cukai tempatan yang dikenakan oleh rejim DAP menyukarkan kehidupan rakyat. 

Bagi kami di #KLChronicle, keputusan yang diambil oleh MCA untuk bertanding di PRN Sarawak merupakan satu tindakan yang tepat. Rejim DAP tidak harus dibenarkan bermaharajalela di Pulau Pinang dan melakukan sesuka hati mereka. Perlu ada check and balance di Pulau Pinang dan kami yakin MCA dapat memainkan peranan ini sebaik mungkin.

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget