KL CHRONICLE: @LiowTiongLai :Suasa Airlines langgar akta penerbangan awam

Wednesday, July 27, 2016

@LiowTiongLai :Suasa Airlines langgar akta penerbangan awam


Menteri Pengangkutan, yang juga merupakan Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai hari ini sekali lagi menegaskan bahawa syarikat penerbangan baru, Suasa Airlines Sdn Bhd (Suasa Airlines) telah melanggari akta penerbangan awam, termasuk membawa penumpang berbayar di dalam 'penerbangan pertunjukan' dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur ke Langkawi.


Bagi kami di #KLChronicle, tindakan pihak pengurusan Suasa Airlines ini merupakan satu tindakan yang tidak bertanggungjawab sekaligus membahayakan nyawa rakyat Malaysia. Tanpa mendapat Permit Perkhidmatan Udara (ASP) daripada Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom), sebenarnya Suasa Airlines tidak dibenarkan mengendalikan penerbangan komersil.


Akibat dari ini, apabila mereka membawa penumpang dalam "penerbangan pertunjukan" baru - baru ini, mereka sebenarnya melakukan satu tindakan haram dan jika apa - apa terjadi kerajaan Malaysia tidak akan bertanggungjawab. Malah, kami juga yakin bahawa penerbangan Suasa Airlines juga tidak mempunyai insurans yang diperlukan dan jika katakan pesawat tersebut terhempas tiada syarikat insurans yang akan bertanggungjawab. 

Mengambil perhatian dari apa yang dikatakan oleh Datuk Seri Liow Tiong Lai, kami berharap rakyat Malaysia juga tidak tertipu dengan syarikat Suasa Airlines ini. Masih ingatkah rakyat Malaysia akan syarikat Rayani Air yang akhirnya terpaksa gulung tikar dan menyebabkan ratusan orang kehilangan duit mereka? Tidak pelik jika nasib yang sama menimpa Suasa Airlines kerana kelihatan syarikat ini sangat kelam kabut sehingga permit untuk penerbangan komersil pun tidak ada lagi. 

Terima Kasih diucapkan kepada  Datuk Seri Liow Tiong Lai kerana bersikap tegas dengan syarikat Suasa Airlines. Rakyat sudah letih ditipu oleh syarikat besar seperti AirAsia, Rayani Air dan kini Suasa Airlines. Hanya dengan kerajaan dan menteri yang tegas sahaja syarikat seperti ini akan berasa takut dan tidak menipu pengguna yang rata - ratanya merupakan rakyat negara ini. Terima Kasih sekali lagi Yang Berhormat Menteri. 

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget