KL CHRONICLE: Habis @cmlimguaneng , PKR Masih tidak setuju bubar DUN #Penang

Wednesday, July 27, 2016

Habis @cmlimguaneng , PKR Masih tidak setuju bubar DUN #Penang


KEADILAN TIDAK SETUJU BUBAR DUN

KEADILAN telah mengadakan satu mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) Khas malam ini yang membincangkan cadangan DAP untuk mengadakan pilihanraya negeri bagi Pulau Pinang.




KEADILAN sebagai rakan politik di dalam Pakatan Harapan akan terus bersama berjuang untuk mempertahankan mereka yang dianiaya dan dizalimi, termasuk di dalam kes pendakwaan politik YAB Lim Guan Eng, DS Anwar Ibrahim dan ramai lagi pimpinan yang bangkit melawan rejim UMNO-Barisan Nasional. KEADILAN beranggapan bahawa dakwaan terhadap YAB Lim Guan Eng adalah bermotif politik.

Mesyuarat MPP juga telah membangkitkan beberapa persoalan dasar berkaitan rasional mengadakan pilihanraya negeri Pulau Pinang. Selepas perbincangan yang menyeluruh termasuk mengambil kira pandangan masyarakat madani (civil society), mesyuarat telah memutuskan secara sebulat suara bahawa KEADILAN masih belum yakin dengan cadangan tersebut. Walau bagaimanapun, dalam semangat setiakawan, KEADILAN tetap bersedia untuk meneruskan perbincangan dengan parti rakan di dalam Pakatan Harapan.

Justeru, KEADILAN akan menghantar satu delegasi pimpinan tertinggi parti untuk menerangkan pendirian ini kepada pimpinan DAP dalam masa terdekat.

Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail
Presiden KEADILAN

26 Julai 2016

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget