KL CHRONICLE: Insiden bas langgar 10 kereta di Terowong Menora, SPAD tidak akan tolak ansur!

Monday, July 11, 2016

Insiden bas langgar 10 kereta di Terowong Menora, SPAD tidak akan tolak ansur!


Syabas dan tahniah diucapkan kepada pihak Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) kerana pantas mengeluarkan kenyataan yang keras dimana SPAD tidak akan bertolak ansur untuk mengambil tindakan terhadap pengendali bas ekspres yang terlibat dalam kemalangan di Km265.8 Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran Terowong Menora pada jam 2.45 petang semalam.



Bagi kami di #KLChronicle, syarikat serta pemandu bas terbabit wajar disiasat dan diambil tindakan yang sewajarnya kerana mereka telah membahayakan keselamatan pengguna jalan raya. Tambahan pula, sekarang merupakan waktu cuti dan puncak dimana jumlah kenderaan di jalan raya adalah yang paling tinggi sekaligus sebarang insiden tidak diingini akan menyebabkan kemusnahan harta benda dan kemungkinan nyawa dalam bilangan yang tinggi.  

Memetik kata - kata dari SPAD:

Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya (MIROS) telah memulakan siasatan kemalangan dan SPAD sedang memberi kerjasama yang diperlukan. Siasatan insiden ini akan merangkumi semua aspek keselamatan termasuk kejuruteraan jalan raya serta pengurusan keselamatan, dan pengurusan kenderaan dan pemandu. 
"Keselamatan pengguna merupakan prioriti utama bagi SPAD dan Suruhanjaya akan mengambil tindakan yang tegas terhadap pengusaha bas yang melanggar syarat-syarat keselamatan," kata Ketua Pegawai Eksekutif SPAD, Mohd Azharuddin Mat Sah.
"Tindakan ini termasuk penggantungan dan pembatalan lesen pengendali," katanya.
Selain itu, kami di #KLChronicle juga berpendapat mungkin SPAD dengan kerjasama kerajaan memastikan setiap pengangkutan awam darat (terutamanya bas) mempunyai kelulusan khas untuk beroperasi di musim perayaan. Ini boleh dilakukan dengan mewartakan undang - undang dimana setiap bas yang mempunyai lesen operasi diwajibkan untuk menjalankan pemeriksaan ketat di PUSPAKOM atau sebagainya untuk memastikan bas berada dalam keadaan baik dan selamat.




Seteleh mendapat kelulusan PUSPAKOM, SPAD akan mengeluarkan satu permit khas untuk bas beroperasi pada musim perayaan. Mungkin juga langkah ini bukan sahaja boleh digunakan di musim perayaan tetapi sepanjang tahun i.e. pemeriksaan dijalankan 3 bulan sekali mungkin. Ini adalah hanya untuk memastikan bas berada dalam keadaan baik & selamat demi keselamatan pemandu, penumpang serta pengguna lebuh raya yang lain. 

Apa cadangan pembaca?

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget