KL CHRONICLE: @VellPaari : @cmlimguaneng harus letak jawatan Ketua Menteri!

Thursday, June 30, 2016

@VellPaari : @cmlimguaneng harus letak jawatan Ketua Menteri!


PRESS STATEMENT BY
DATO SRI S.VELL PAARI

Respon terhadap tangkapan Lim Guan Eng oleh pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)

Pertama sekali, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan *syabas dan tahniah kepada pihak SPRM* kerana telah berjaya menangkap Lim Guan Eng semalam di Pulau Pinang. 



Saya difahamkan Lim Guan Eng telah dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, Georgetown dan akan didakwa mengikut Seksyen 23 Akta SPRM dan Seksyen 165, Kanun Keseksaan atas sebab membeli hartanah di bawah nilai pasaran dimana ia dianggap satu kesalahan bagi seorang penjawat awam.

Umum ketahui bahawa kepimpinan Barisan Nasional termasuk Ahli Parlimen Tasek Gelugor Datuk Shabudin Yahya,  Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Rahman Dahlan dan Naib Presiden Parti Cinta Malaysia (PCM) Datuk Huan Cheng Guan telah selama beberapa bulan mendedahkan salahlaku Lim Guan Eng dan akhirnya hari ini tindakan diambil oleh pihak SPRM. 

Ini membuktikan segala *pendedahan yang dilakukan oleh mereka adalah betul, tepat dan bukan rekaan semata - mata* seperti yang dikatakan oleh pemimpin serta penyokong pembangkang. 

Akhir sekali, memandangkan Lim Guan Eng kini bakal didakwa di Mahkamah, secara peribadi saya berpendapat *Guan Eng harus meletakkan jawatan sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang sementara kes mahkamah dijalankan*. Ini supaya tidak berlaku sebarang campur tangan dari pejabat Ketua Menteri terhadap kes ini. 

Terima Kasih.

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget