KL CHRONICLE: PRASARANA Hantar Bas @MyRapidKL ke Kuching untuk @sukma_2016_swk @AzmiAziz60 #SUKMA2016

Sunday, June 26, 2016

PRASARANA Hantar Bas @MyRapidKL ke Kuching untuk @sukma_2016_swk @AzmiAziz60 #SUKMA2016


KUALA LUMPUR, 26 Jun – Perkhidmatan bas Rapid KL, yang menjadi pengangkutan rasmi untuk perlumbaan Formula 1, MotoGP dan Kejuaraan Superbike Dunia (WSBK) di Litar Antarabangsa Sepang, kini meluaskan agenda sokongan kepada pembangunan sukan negara dengan menjadi Bas Pengangkutan Rasmi untuk para atlit dan pegawai SUKMA Sarawak 2016. Rapid Bus Sdn Bhd, anak syarikat Prasarana Malaysia Berhad dan pengendali perkhidmatan bas Rapid KL, akan menyediakan 25 unit bas untuk temasya sukan berkenaan, yang akan berlangsung daripada 17 hingga 31 Julai di bandaraya Kuching.




Ini disusuli pula dengan acara-acara sukan untuk paralimpik, yang akan berlangsung selama 12 hari mulai 1 Ogos.

“Kesemua 25 bas berkenaan telah dihantar ke Pelabuhan Klang semalam dan sudah mula perjalanan mereka ke Kuching. Bas-bas ini dijangka sampai pada 4 Julai. Kapten - kapten bas akan menyusuli pada 10 Julai di mana mereka akan diberi latihan tentang laluan-laluan bas. Kami menyediakan 30 Kapten bas untuk operasi khas ini,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Bus, Encik Zulkifli Mohd Yusoff dalam satu kenyataan media hari ini.

Mengikut jadual, pelayaran ke Kuching akan mengambil masa selama sembilan hari. Kesemua bas-bas berkenaan, yang bercirikan universal akses atau mesra OKU, akan ditempatkan sementara di Pelabuhan Kuching sebelum diserahkan kepada sekretariat SUKMA Sarawak 2016 pada 11 Julai.

Berbeza dengan operasi untuk F1, MotoGP dan WSBK, perkhidmatan bas ini digunakan untuk pengangkutan para atlit dan pegawai-pegawai pasukan yang bertanding dari Perkampungan Sukan di UNIMAS Sarawak ke gelanggang pertandingan, yang diadakan di sekitar bandaraya Kuching.

“Pihak Rapid Bus amat berbangga untuk menjadi sebahagian daripada acara penting ini. Bukan saja dari aspek pembangunan sukan; tetapi juga untuk integrasi nasional bagi merapatkan Semenanjung Malaysia dengan Sarawak. Operasi perkhidmatan bas SUKMA Sarawak 2016 akan bermula secara rasmi seawal 11 Julai untuk menyediakan perkhidmatan membawa para atlit dan pegawai dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching ke Perkampungan Sukan.

- Tamat -

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget