Tindakan Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli menyerahkan bukti-bukti rasuah seks dalam pentadbiran kerajaan negeri Selangor kepada SPRM pada hari ini memanaskan lagi perang dingin yang terjadi antara YAB Menteri Besar Selangor dengan Presiden PKR, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.
Biro Politik Majlis Pimpinan Tertinggi PKR yang dipengerusikan oleh Azizah pada minggu lepas mengarahkan Rafizi supaya menyerahkan butiran serta bukti pada SPRM dipercayai dengan tujuan mencemarkan pentadbiran Azmin Ali itu di Selangor.
Azizah dan Azmin dilihat pemerhati politik sebagai berada dalam zon perang dingin setelah watikah pelantikan calon ditandatangai oleh Azmin semasa PRN 11 Sarawak yang lalu yang menyaksikan PKR kalah teruk.
No comments:
Post a Comment