KL CHRONICLE: McDonald's Malaysia sambut Hari Kokurikulum di HUSM Kubang Kerian

Friday, May 20, 2016

McDonald's Malaysia sambut Hari Kokurikulum di HUSM Kubang Kerian


Syabas dan tahniah diucapkan kepada syarikat makanan segera terbesar di negara ini, McDonald's Malaysia kerana telah berjaya melakukan satu program yang "unik' di Kelantan baru - baru ini. Bagi mereka yang tidak tahu, sebenarnya di Hospital Universiti Sains Malaysia Kubang Kerian terdapat sebuah sekolah dalam hospital (SDH) tersebut. SDH HUSM merupakan sekolah ke - 4 di negara ini yang berada didalam kawasan hospital. 




Objektif utama SDH diadakan adalah untuk memastikan pelajar yang menerima rawatan di hospital tidak ketinggalan dalam pelajaran mereka. Menyedari bahawa kanak - kanak ini juga mahukan sedikit "kegembiraan" didalam sekolah mereka, McDonald's Malaysia telah bermurah hati untuk menyumbang dana kepada Hari Kokurikulum SDH HUSM Kubang Kerian. 



Malah, McDonald's Malaysia melalui cawangan mereka di Kota Bharu juga telah mengadakan Majlis penyerahan sumbangan buku-buku latihan terkini dan alat tulis kepada pelajar - pelajar di SDH HUSM. Bantuan ini sedikit sebanyak juga dapat membantu keluarga pelajar ini dengan meringankan beban mereka memandangkan anak - anak ini juga memerlukan rawatan hospital. 

Bagi kami di #KLChronicle, apa yang dilakukan oleh McDonald's Malaysia ini memang merupakan satu perkara yang sangat baik. Tidak banyak syarikat makanan segera mahupun syarikat korporat yang terfikir untuk melakukan program seperti ini. McDonald's Malaysia dilihat sangat memberi perhatian kepada sektor pendidikan dengan menaja pelajar dari keluarga berpendapatan rendah dengan biasiswa dan sebagainya. 

Oleh itu, kami menyeru kepada rakyat Malaysia yang suka memfitnah McDonald's Malaysia supaya berhenti dengan fintah anda. Segala fitnah anda memberi impak negatif kepada McDonald's Malaysia. Jika perniagaan McDonald's Malaysia terjejas, yang akan menerima akibatnya adalah pekerja mereka yang rata - ratanya orang Melayu serta semua anak - anak dari keluarga berpendapatan rendah yang mendapat biasiswa dari mereka. Adakah ini yang anda mahu?

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget