KL CHRONICLE: McDonald's Malaysia mahu suspek kes cubaan merogol dibawa ke muka pengadilan

Friday, May 27, 2016

McDonald's Malaysia mahu suspek kes cubaan merogol dibawa ke muka pengadilan

rogol

McDonald's Malaysia hari ini mengeluarkan kenyataan bahawa mereka sedang bekerjasama dengan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi membantu siasatan kes cubaan merogol keatas seorang pelanggan mereka di salah sebuah restoran McDonald's di Johor Bahru. Dalam kenyataan ringkas mereka, McDonald's Malaysia menyatakan bahawa mereka telah memberi akses penuh kepada pihak PDRM untuk menemubual pekerja mereka serta melihat rakaman CCTV pada hari serangan tersebut berlaku. 

Memetik kenyataan McDonald's Malaysia:



 "Pihak syarikat percaya bahawa kerjasama erat antara McDonald's Malaysia dan pihak PDRM merupakan salah satu faktor yang membantu pihak berkuasa menjalankan siasatan dengan cepat sehinggga tertangkapnya suspek kes cubaan merogol ini."

"McDonald's Malaysia juga menegaskan bahawa mereka mengambil berat akan kebajikan serta keselamatan pelanggan mereka dan mahu suspek dibawa ke muka pengadilan untuk menerima hukuman yang sewajarnya"


Bagi kami di #KLChronicle, tindakan pantas pihak McDonald's Malaysia dalam bekerjasama dengan pihak PDRM wajar diberi pujian. Ini kerana kes cubaan merogol ini merupakan satu perkara yang sangat serius dan implikasinya mungkin "terkena" kepada syarikat McDonald's Malaysia. Sudah pasti ramai pakar - pakar jenayah "Facebook" akan mengeluarkan segala analisa dan akhir sekali akan mengatakan bahawa McDonald's Malaysia kononnya tidak selamat lagi untuk dikunjungi. 

image

Namun ini adalah analisa yang tidak tepat dan sangat tidak bertanggungjawab! Malah McDonald's Malaysia tanpa berlengah masa terus bekerjasama dengan PDRM untuk memastikan suspek ditangkap. Segala akses kepada kakitangan serta rakaman CCTV diberi kepada PDRM. McDonald's Malaysia tidak menyembunyikan apa - apa fakta pun walaupun ianya mungkin membawa kesan negatif kepada restoran mereka. Ini menunjukkan McDonald's Malaysia mengambil berat terhadap kes ini dan juga terhadap mangsa tanpa menghiraukan implikasinya terhadap syarikat mereka sendiri. 

Tahniah McDonald's Malaysia! Anda telah membuktikan bahawa anda sangat mengambil berat akan keselamatan pengunjung - pengunjung restoran anda. #Kipidap

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget