KL CHRONICLE: Kemalangan Tren KTMB, SPAD jalankan inkuiri #DemiRakyat

Sunday, May 22, 2016

Kemalangan Tren KTMB, SPAD jalankan inkuiri #DemiRakyat



Syabas dan Tahniah diucapkan kepada pihak Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) apabila mereka akan menjalankan inkuiri berkaitan insiden kemalangan tren yang telah berlaku melibatkan Electric Train Service (ETS) dan Ekspres Rakyat di km322 berhampiran stesen Kuala Kubu Bharu yang telah berlaku pada 7 Mei 2016. Ini merupakan satu langkah yang tepat memandangkan isu ini mendapat perhatian ramai pihak.



Jika pembaca masih ingat, kami di #KLChronicle pernah menerbitkan satu artikel berkaitan insiden kemalangan tren KTMB [Rujuk SINI] dimana pemandu tren KTMB telah didapati negatif dadah. Keputusan ujian dadah tersebut telah memberi kelegaan kepada ramai pihak. Jika pemandu tren tersabit positif dadah, maka telah wujud satu masalah yang sangat besar melibatkan KTMB dan persoalan, tidakkah mereka melakukan saringan ketika mengambil pemandu tren?


Kembali kepada panel inkuiri berkaitan insiden tren yang diketuai oleh SPAD, kami mengambil posisi bahawa panel inkuiri ini akan melakukan yang terbaik bagi mencari punca kepada kemalangan yang telah berlaku. Ini memandangkan panel ini terdiri daripada pakar - pakar industri seperti Lembaga Jurutera Malaysia (BSEM), Institut Jurutera Malaysia (IEM), Kementerian Pengangkutan dan pihak akademik. 


Konklusinya, kami berharap tidak akan ada "cover up" didalam inkuiri ini dan hasil siasatan haruslah dikongsi bersama rakyat. Ini kerana rakyat perlu diberi jaminan bahawa insiden ini tidak akan berulang lagi supaya mereka terus yakin menggunakan perkhidmatan KTMB pada setiap hari. Ini memandangkan hampir beribu orang menggunakan KTMB untuk ke tempat kerja. 

Kepada pihak pengurusan KTMB, kami di #KLChronicle berharap anda tidak leka laki. Sudah banyak kes/insiden yang melibatkan KTMB pada tahun ini antaranya tren rosak, tren lewat tiba dan sampai ke destinasi, kemalangan tren dan sebagainya. Jika anda rasa anda tidak mampu menggalas amanah yang diberi, berhenti saja dari menjadi pengurusan KTMB dan beri kepada orang lain yang lebih layak. Sekian!

KENYATAAN PENUH SPAD ADALAH SEPERTI BERIKUT:





No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget