KL CHRONICLE: #Demirakyat @LiowTiongLai : KTM tambah 10 Tren ETS Tahun Depan

Wednesday, May 25, 2016

#Demirakyat @LiowTiongLai : KTM tambah 10 Tren ETS Tahun Depan



Syabas dan tahniah diucapkan kepada Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, yang peka dan prihatin terhadap denyut nadi rakyat. Menyedari bahawa tren keretapi elektrik ETS mendapat sambutan yang sangat menggalakkan dari rakyat dan menjadi antara pengangkutan awam darat yang paling popular pada masa ini, Yang Berhormat Menteri telah mengesahkan bahawa KTMB  akan menambah 10 lagi koc keretapi elektrik (ETS) tahun depan bagi menampung permintaan penumpang yang kian meningkat.



Bagi kami di #KLChronicle, pengumuman ini merupakan satu perkara yang sangat positif. Ini kerana:

Pertama, dengan penambahan tren ETS, jumlah kenderaan persendirian (Kereta) dapat dikurangkan di atas jalan raya. Ini sekaligus akan mengurangkan kadar kemalangan yang kita semua ketahui semakin meningkatkan saban tahun, terutamanya pada musim perayaan. Malah, jumlah kesesakan lalu lintas juga dapat dikurangkan apabila jumlah kenderaan diatas jalan raya (Lebuhraya Utara - Selatan) dikurangkan. 

Kedua, penambahan tren ETS ini akan meningkatkan jumlah pengguna perkhidmatan KTMB. Ini sekaligus akan meningkatkan jumlah pendapatan KTMB dan diharap dapat membantu mereka mendapat keuntungan setelah bertahun - tahun mengalami kerugian. Ini juga dapat membantu kerajaan dari segi kewangan dimana kerajaan tidak perlu menanggung OPEX (Operating Expenditure) yang tinggi untuk KTMB. 

Ketiga, memetik kata - kata Datuk Seri Liow Tiong Lai, penambahan tren/perkhidmatan ETS ini dilihat sebagai penggerak ekonomi serta sektor pelancongan di Wilayah Utara. Apabila perkhidmatan ETS bertambah, jumlah pengguna juga bertambah dan secara tidak langsung jumlah pelancong serta rakyat ke Wilayah Utara (Perak, Pulau Pinang, Kedah, Perlis) juga bertambah sekaligus menambah pendapatan negeri - negeri tesebut. 

Konklusinya, penambahan tren ETS ini menunjukkan komitmen kerajaan dalam memperkasakan jaringan pengangkutan awam darat di negara ini. Ini meskipun dengan keadaan ekonomi negara yang kurang memberangsangkan dimana harga minyak mentah dunia ini berada pada paras yang rendah sekaligus menjejaskan pendapatan negara. Namun, kepentingan serta komitmen terhadap kesejahteraan rakyat tidak pernah diabaikan oleh kerajaan Barisan Nasional.

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget