Kerajaan Barisan Nasioanal dibawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Haji Najib Bin Tun Abdul Razak akan membantu usahawan - usahawan tempatan yang terlibat dalam industri makanan dan minuman halal menembusi pasaran Halal di China yang dianggarkan mempunyai potensi berbillion ringgit. Usaha kerajaan ini akan dikendalikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Ir. Wee Ka Siong
Program perintis dalam membawa 50 syarikat Malaysia meneroka pasaran Halal di China akan diketuai oleh Sekretariat Pembangunan Usahawan Malaysia (SAME), iaitu satu agensi dibawah Jabatan Perdana Menteri (JPM). SAME akan mengetuai delegasi 50 perusahaan kecil dan sederhana (PKS) ke China pada Mei ini untuk meneroka pasaran halal di kalangan 26 juta penduduk Islam di negara berkenaan.
Memetik kata - kata Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ir. Wee Ka Siong:
"Misi dagangan 10 hari ke Xian, Mongolia dan Qing Hai itu dibuat selepas pemeteraian memorandum persefahaman (MoU) antara SAME, Perbadanan Pembangunan Halal dan Bank China untuk membangunkan perdagangan halal dengan China"
"Malaysia dalam kedudukan baik untuk memanfaatkan statusnya sebagai perintis dalam pembangunan standard halal di seluruh dunia,"
Bagi kami di #KLChronicle, langkah yang diambil oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Ir. Wee Ka Siong adalah tepat pada masanya. Pasaran halal di China merupakan satu pasaran yang besar dengan potensi yang sangat tinggi. Malah, mereka juga mempunyai jumlah penduduk Islam yang sangat tinggi iaitu 26 juta orang, iaitu lebih tinggi dari jumlah penduduk Islam di negara ini.
Barisan Nasional, sebagai sebuah kerajaan yang prihatin, menjadi pemudah cara dengan membantu syarikat - syarikat tempatan dalam menjalankan perniagaan di China sekaligus mencapai keuntungan yang lumayan. Keuntungan tersebut kemudian akan dibawa pulang ke Malaysia untuk membangunkan lagi produk - produk Halal tempatan. Ini merupakan satu win - win situation bagi semua pihak.
Tahniah sekali lagi kepada Datuk Seri Dr. Ir. Wee Ka Siong. #Kipidap!
No comments:
Post a Comment