KL CHRONICLE: Mahkamah Tinggi Tolak Saman Pengusaha Bas terhadap syarikat swasta dan SPAD

Friday, April 15, 2016

Mahkamah Tinggi Tolak Saman Pengusaha Bas terhadap syarikat swasta dan SPAD



Terima kasih diucapkan kepada Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur kerana menolak saman sekumpulan pengusaha bas terhadap sebuah syarikat dan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) mengenai pelaksanaan sistem pembelian tiket berpusat (CTS) di Terminal Bersepadu Selatan (TBS) di sini.

Hakim Datuk John Louis O'Hara membuat keputusan itu selepas memutuskan bahawa pelaksanaan CTS tidak melanggar Seksyen 15 dan 16 Akta SPAD 2010.



Bagi kami di #KLChronicle, tindakan sekumpulan kecil syarikat pengusaha bas ini terhadap SPAD merupakan satu tindakan yang bodoh dan tidak masuk akal. Kumpulan ini telah  memohon satu perintah deklarasi untuk menghentikan pelaksanaan CTS di TBS dan satu deklarasi bahawa operator TBS serta SPAD tidak berhak untuk memaksa dan mengarahkan pihak plaintif mengambil bahagian dalam pelaksanaan sistem berkenaan.

Bagi mereka yang tidak tahu apa itu sistem CTS dan bagaimana ianya berfungsi, kami di #KLChronicle mengambil peluang ini untuk menerangkan kepada anda dengan lebih lanjut. CTS ini sebenarnya adalah satu "online sistem" dimana ianya membantu pengguna untuk membeli tiket bas mereka secara online. Ianya merupakan satu sistem induk dimana tiket semua syarikat bas dijual dalam satu sistem dan bukan sistem individu kepunyaan syarikat bas ekspress. 





Bukankah sistem ini akan lebih memudahkan pengguna? Dari pengguna bersusah untuk ke website syarikat - syarikat bas, mereka masuk sahaja ke online ticketing TBS ini dan pelbagai jenis bas, destinasi dan waktu perjalanan akan keluar dan mereka hanya memilih perjalanan yang dirasakan sesuai dan terus membayar tiket mereka melalui kad kredit.Bukankah ini lebih muda?

Malah, Sejumlah 87 syarikat pengusaha bas ekspres menjalankan operasi masing-masing di TBS dengan 79 daripada mereka menyertai sistem CTS yang dilaksanakan sepenuhnya pada Oktober tahun lepas. Oleh itu, tindakan segelintir syarikat bas ekspress ini sebenarnya hanya membuang masa semua pihak dan juga mahkamah. 

Kami di #KLChronicle berharap SPAD meneruskan usaha mereka untuk meningkatkan mutu pengangkutan awam darat negara dan jangan putus asa atau kecewa dengan sikap segelintir syarikat yang hanya mementingkan keuntugan mereka dan bukan kesenangan pengguna. 

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget