Friday, April 22, 2016

@Vellpaari : Rakyat menanti permohonan maaf Dr. Mahathir


Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad wajar memohon maaf kepada Datuk Seri Najib Tun Razak dan seluruh rakyat Malaysia ekoran tindak tanduknya mendatangkan tekanan serta konflik politik secara berterusan selama ini.

Dr. Mahathir harus akur bahawa perbuatannya itu dilihat lebih kepada agenda peribadi daripada kepentingan rakyat kerana tidak henti-henti melakukan ‘kekacauan’ dalam politik negara sehingga hari ini.


Bercakap kepada Utusan Malaysia di sini, Bendahari Agung MIC, Datuk Seri S. Vell Paari (gambar) berkata, sebagai negarawan, Dr. Mahathir sepatutnya memberi komen membina dalam bersama-sama membangunkan negara dan bukannya bersekongkol dengan pembangkang serta media asing memburukkan kepemimpinan Perdana Menteri.
“Dr. Mahathir perlu faham bahawa masa beliau telah berlalu. Kita tidak boleh membenarkan seseorang itu menggunakan kuasa seolah-olah diktator bagi menjatuhkan pemimpin dan jika itu berlaku, apa gunanya pemilihan secara demokrasi yang sekian lama diamalkan di negara ini,” katanya.
Jelas Vell Paari, kritikan berterusan Dr. Mahathir terhadap Najib turut akan melemahkan parti dalam Barisan Nasional (BN).
“Bukan sahaja UMNO tetapi kami dalam komponen BN seperti MIC dan MCA turut terasa tempiasnya. Konflik ini selalunya mendatangkan faedah kepada pembangkang yang sentiasa mencari kelemahan kerajaan. Apakah kita akan terus ‘bermain politik’ atau mula memikirkan agenda rakyat,” tegasnya.
Tambah beliau, fitnah Dr. Mahathir berhubung isu berhubung dana RM2.6 bilion adalah didorong demi kepen­ti­ngan peribadi, bukan untuk Ma­laysia atau rakyat.

No comments:

Post a Comment