Thursday, April 21, 2016

Bongkar! Keadaan kilang penyembelihan dan penternakan McDonald's Malaysia di Sitiawan



Sebagai rakyat Malaysia, sudah pastinya kita pernah makan di Restoran McDonald's. Pernahkah kita terfikir, dari mana McDonald's Malaysia mendapatkan sumber bahan mentah bagi restoran - restoran mereka? Sudah pastinya tidak. Namun hari ini, kami di #KLChronicle akan memperkenalkan  kilang yang memproses penyembelihan binatang untuk dijadikan makanan hidangan disemua rangkaian restoran McDonald’s di Malaysia. 



Media dibawa melawat kilang Dinding Poultry Processing Sdn.Bhd.  
Memandangkan McDonald's Malaysia merupakan satu rangkaian restoran yang besar, mereka memerlukan kepastian bahawa sumber makanan mentah yang dibekalkan kepada restoran mereka mempunyai kualiti yang terbaik dan segar bagi memastikan kualiti makanan di restoran - restoran McDonald's adalah yang terbaik. Ini sudah pastinya akan memuaskan pelanggan - pelanggan mereka. 

Persoalannya, bagaimana McDonald's Malaysia memastikan sumber makanan mereka segar, bersih dan halal? 

Dari kiri; Pengarah Eksekutif Dindings Poultry Development Centre Sdn Bhd (DPDC) Ang Pun Heng, Pengarah Hal Ehwal Pembangunan Perniagaan & Korporat MFM Azhari Arshad, Pengarah Urusan McDonald's Malaysia, Azmir Jaafar dan Pengurus Besar DPP Tony Wo Kah Keat
Ini adalah tugas yang telah diamanahkan kepada Dinding Poultry Processing Sdn.Bhd. Kilang  Dinding Poultry Processing Sdn.Bhd merupakan tempat dimana ayam - ayam yang dihantar ke restoran McDonald's Malaysia diternak dan disembelih. Dinding Poultry Processing Sdn.Bhd dimiliki oleh Malayan Flour Mills Behad. Website mereka adalah : http://www.mfm.com.my/index.php?mid=22

Keistimewaan ayam - ayam yang dibekalkan oleh Dinding Poultry Processing Sdn.Bhd kepada McDonald's Malaysia


Pertama sekali, semua sumber makanan yang dihantar kepada restoran - restoran McDonald's Malaysia adalah halal. Bagi memastikan piawaian serta ketetapan ini dipatuhi, Dinding Poultry Processing Sdn.Bhd mempunyai 18 orang penyembelih dimana kesemua mereka ini memiliki sijil penyembelihan yang sah dan diperakui oleh Jabatan Agama Islam Negeri. 


Kedua, kilang Dinding Poultry Processing Sdn.Bhd yang terletak di Setiawan, Perak ini merupakan kilang yang berteknologi tinggi dan moden. Dinding - dinding kilang ini dilengkapi kipas khas bagi memastikan suhu dalam kilang kekal pada sekitar 25-29 darjah celcius. Ini adalah suhu optimum untuk memastikan ayam - ayam yang diternak sentiasa segar dan berkualiti tinggi. 

Konklusinya, McDonald's Malaysia sentiasa menitik beratkan kualiti makanan yang dijual di restoran - restoran mereka. Bukan itu sahaja, McDonald's Malaysia juga memastikan sumber makanan yang dibekalkan adalah halal, bersih dan sentiasa segar bagi memastikan kualiti makanan yang disediakan adalah sentiasa dalam keadaan terbaik. Bagi mereka yang sentiasa was - was dengan makanan di McDonald's Malaysia, anda tidak perlu berasa risau kerana sehingga kini McDonald's Malaysia sentiasa memastikan makanan mereka berada dalam keadaan terbaik. 

No comments:

Post a Comment