Tuesday, April 19, 2016

#TahukahAnda Ini adalah Portal Tiket Bas Ekspress yang telah disahkan oleh SPAD ?



Menyedari hakikat bahawa terdapat banyak penipuan "online" yang berlaku dalam negara pada masa ini, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telah mengambil langkah proaktif dengan mengesahkan (verify) portal - portal tiket bas ekspress milik syarikat tempatan. Ini adalah supaya pengguna tidak lagi ditipu oleh pihak - pihak yang tidak bertanggungjawab ketika membeli tiket bas ekspress untuk ke destinasi masing - masing.


 
Bagi pengguna yang berminat untuk menggunakan portal - portal bas ekspress yang telah disahkan oleh SPAD, anda boleh pegi ke link berikut iaitu : http://www.spad.gov.my/ticketBE . Di link tersebut, anda akan dapat melihat satu senarai bas express dan juga portal tiket mereka. Pengguna boleh membeli tiket yang dikehendaki dengan click link yang tertera. Tidakkah ini satu perkara yang memudahkan pengguna?

Bagi kami di #KLChronicle, SPAD telah melakukan pelbagai inisiatif untuk meningkatkan mutu perkhidmatan pengangkutan awam darat di Negara ini. Ingatkah anda lagi tentang Bas Network Revamp (BNR)?  melalui pelan Bas Network Revamp (BNR), pengguna kini tidak perlu menunggu lama untuk menaiki bas dan kini kawasan operasi bas juga telah ditambah untuk kesenangan semua.

Bagi mereka yang mengkritik SPAD kononnya SPAD tidak melakukan apa - apa, rajin lah menjenguk ke blog #KLChronicle kerana kami sentiasa menerbitkan artikel - artikel berkaitan SPAD. Dimana jika SPAD ada melakukan kesilapan, kami juga akan menegur mereka supaya mereka dapat mempertingkatkan mutu operasi mereka. Sama - sama kita memastikan pengangkutan awam darat di Negara ini menjadi antara yang terbaik di dunia. Jom!

 
 

No comments:

Post a Comment