Tuesday, April 19, 2016

@LiowTiongLai : Kerajaan Tumpukan Usaha Kurangkan Kadar Kemalangan dan Kematian Akibat Kemalangan Jalan Raya

 
Menyedari hakikat bahawa kes kemalangan jalan raya semakin meningkat setiap tahun, satu Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Mengenai Keselamatan Jalan Raya telah dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri, YAB Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi bersama dengan  Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai. Mesyuarat jawatankuasa ini telah diadakan untuk  menilai semula dan menentukan langkah-langkah yang berkesan dalam usaha berterusan kerajaan bagi meningkatkan keselamatan jalan raya negara seiring dengan pembangunan pesat negara.
 


Bagi kami di #KLChronicle, usaha kerajaan untuk membentuk jawatankuasa ini dan mengadakan mesyuarat adalah satu langkah yang bijak. Namun, lebih bermakna lagi apabila jawatankuasa ini telah membincangkan beberapa perkara penting dengan pelan pelaksanaan dalam jangka masa terdekat. Perkara yang dibincangkan dalam mesyuarat jawatankuasa adalah seperti berikut:
I.             Pelaksanaan Automated Awareness Safety System (AwAS) dan  Sistem Mata Demerit KEJARA.
II.           Pelarasan had berat kenderaan perdagangan
III.          Penilaian keselamatan jalan raya dan penyiasatan kemalangan di Lebuhraya Pantai Timur 2 dan cadangan penambahbaikan.
IV.         Pelaksanaan International Road Safety Assesment Programme (iRAP) di Malaysia dan implementasi pelan tindakan.
Sumber : Kenyataan Media Rasmi Menteri Pengangkutan
Bagi mereka yang tidak tahu, negara mencatatkan 489,606 kemalangan jalan raya dan 6,706 kematian disebabkan kemalangan bagi tahun 2015. Ini merupakan kenaikan dari tahun 2014. Pada hemat kami, antara factor kenaikan statistic kemalangan jalan raya adalah kerana jumlah kenderaan yang semakin meningkat, tidak kira sama ada di Bandar ataupun dikawasan luar Bandar. Salah satu cara supaya perkara ini dapat diselesaikan adalah dengan menaiktaraf system pengangkutan awam darat negara ini.
Oleh sebab itu, kerajaan BN kini sedang membelanjakan berbillion ringgit untuk system Mass Rapid Transit (MRT), Light Rapid Transit (LRT) Extension dan juga High Speed Railway (HSR) dengan harapan jumlah kenderaan diatas jalan raya dapat dikurangkan dengan secara significant sekaligus mengurangkan kadar kemalangan jalan raya. Namun, kerajaan boleh melakukan apa sahaja program untuk mengurangkan jalan raya, namun ini semua akan gagal jika sikap pemandu sendiri tidak berubah. Betul?
 
Akhir sekali, terima kasih kepada Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai kerana komited dalam memastikan rakyat Malaysia berasa selamat ketika berada di jalan raya. Kami di #KLChronicle menghargai segala usaha yang dilakukan oleh Yang Berhormat Menteri.

No comments:

Post a Comment