Selepas beberapa pemimpin pembangkang dihalang masuk Sarawak, kini giliran pemimpin UMNO pula yang disekat masuk ke negeri itu menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) pada 7 Mei ini.
Pengerusi Gabungan NGO Melayu, Datuk Jamal Yunos dihalang masuk ke negeri itu sebaik sahaja tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching jam 11.30 pagi tadi.
Dia dipercayai pemimpin UMNO pertama yang dihalang masuk dan kemungkinan besar disebabkan kenyataan-kenyataannya yang bersifat perkauman.
Ketika dihubungi, Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar itu berkata, beliau tiba di Kuching bersama tujuh rakannya tetapi empat termasuk dirinya dihalang masuk.
Tiga lagi rakannya yang dihalang masuk adalah Ariffin Abu Bakar, Rahim Ibrahim dan Razali Zakaria dan kesemua mereka terlibat dalam Gabungan NGO Melayu.
No comments:
Post a Comment