KL CHRONICLE: #DemiRakyat Datuk Seri @LiowTiongLai tidak mahu tiket kapal terbang dinaikkan oleh syarikat penerbangan

Wednesday, April 13, 2016

#DemiRakyat Datuk Seri @LiowTiongLai tidak mahu tiket kapal terbang dinaikkan oleh syarikat penerbangan

 
 
Menyedari bahawa kini kebanyakkan rakyat Malaysia menggunakan kapal terbang untuk urusan perniagaan dan pergi bercuti, Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai berpendapat harga tiket kapal terbang tidak seharusnya dinaikkan apabila kadar baharu caj perkhidmatan penerbangan dilaksanakan Jumaat ini. Ini kerana kadar caj baru yang dikenakan oleh DCA adalah sangat minima memandangkan caj ini tidak pernah disemak sejak 40 tahun yang lalu.
 
Memetik kata - kata Yang Berhormat Menteri:
 

 
"Saya tidak fikir ia akan menaikkan harga tiket penerbangan kerana kadarnya bukan satu peningkatan yang terlalu tinggi"
 

Berdasarkan maklumat yang kami terima tentang caj baharu yang bakal diperkenalkan, kadar pengendalian penerbangan udara (ANFC) untuk pesawat seperti Airbus A320/A330 dan Boeing B737/B777, kos akan dinaikkan kepada RM1-RM2.50 setiap batu nautika berbanding 10-25 sen sekarang, manakala bagi pesawat melebihi 135,000 kilogram, kadar itu akan naik daripada 30 sen kepada RM3 setiap batu nautika.
 
Bagi kami di #KLChronicle, jika dilihat dari caj baharu yang dikenakan oleh DCA, ianya adalah sangat sedikit dan tidak membebankan syarikat penerbangan tempatan. Mlaah, Yang Berhormat Menteri juga telah memberi komitmen bahawa setimpal dengan kadar kenaikkan caj ini, DCA juga akan meningkatkan lagi perkhidmatan mereka kepada pengguna.
 
Secara konklusinya, kami berpendapat syarikat kapal terbang tidak wajar menaikkan harga tambang mereka hanya kerana caj penerbangan dinaikkan dari 10 - 25 sen kepada RM 1 - RM 2.50 kerana kenaikkan yang kerajaan kenakan sangat minima. Malah, jika dilihat sejak 40 tahun dahulu segala harga perkhidmatan serta barangan telah naik namun caj perkhidmatan penerbangan yang dikenakan oleh kerajaan adalah sangat minima.
 
Kami juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Datuk Seri Liow Tiong Lai kerana peka tentang kerisauan rakyat yang tidak mahu harga tiket kapal terbang dinaikkan kerana sudah pasti membebankan rakyat. Sifat keprihatinan Datuk Seri Liow Tiong Lai menunjukkan bahawa beliau mendengar denyut nadi rakyat dan tidak mahu rakyat terbeban dengan sikap tamak syarikat - syarikat konglomerat yang hanya mementingkan keuntungan semata - mata.

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget