Menyedari hakikat bahawa kes
kemalangan jalan raya semakin meningkat setiap tahun, satu Mesyuarat
Jawatankuasa Kabinet Mengenai Keselamatan Jalan Raya telah dipengerusikan oleh
Timbalan Perdana Menteri, YAB Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi bersama
dengan Menteri Pengangkutan, Datuk Seri
Liow Tiong Lai. Mesyuarat jawatankuasa ini telah diadakan untuk menilai
semula dan menentukan langkah-langkah yang berkesan dalam usaha berterusan
kerajaan bagi meningkatkan keselamatan jalan raya negara seiring dengan
pembangunan pesat negara.
Bagi kami di #KLChronicle, usaha
kerajaan untuk membentuk jawatankuasa ini dan mengadakan mesyuarat adalah satu
langkah yang bijak. Namun, lebih bermakna lagi apabila jawatankuasa ini telah
membincangkan beberapa perkara penting dengan pelan pelaksanaan dalam jangka
masa terdekat. Perkara yang dibincangkan dalam mesyuarat jawatankuasa adalah
seperti berikut:
I. Pelaksanaan
Automated Awareness Safety System (AwAS) dan
Sistem Mata Demerit KEJARA.
II. Pelarasan had
berat kenderaan perdagangan
III. Penilaian
keselamatan jalan raya dan penyiasatan kemalangan di Lebuhraya Pantai Timur 2
dan cadangan penambahbaikan.
IV. Pelaksanaan
International Road Safety Assesment Programme (iRAP) di Malaysia dan
implementasi pelan tindakan.
Sumber : Kenyataan Media Rasmi Menteri
Pengangkutan
Bagi mereka yang tidak tahu,
negara mencatatkan 489,606 kemalangan jalan raya dan 6,706 kematian disebabkan
kemalangan bagi tahun 2015. Ini merupakan kenaikan dari tahun 2014. Pada hemat
kami, antara factor kenaikan statistic kemalangan jalan raya adalah kerana
jumlah kenderaan yang semakin meningkat, tidak kira sama ada di Bandar ataupun
dikawasan luar Bandar. Salah satu cara supaya perkara ini dapat diselesaikan
adalah dengan menaiktaraf system pengangkutan awam darat negara ini.
Oleh sebab itu, kerajaan BN kini
sedang membelanjakan berbillion ringgit untuk system Mass Rapid Transit (MRT),
Light Rapid Transit (LRT) Extension dan juga High Speed Railway (HSR) dengan
harapan jumlah kenderaan diatas jalan raya dapat dikurangkan dengan secara significant
sekaligus mengurangkan kadar kemalangan jalan raya. Namun, kerajaan boleh
melakukan apa sahaja program untuk mengurangkan jalan raya, namun ini semua
akan gagal jika sikap pemandu sendiri tidak berubah. Betul?
Akhir sekali, terima kasih kepada
Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai kerana komited dalam memastikan
rakyat Malaysia berasa selamat ketika berada di jalan raya. Kami di
#KLChronicle menghargai segala usaha yang dilakukan oleh Yang Berhormat
Menteri.
No comments:
Post a Comment