Monday, April 18, 2016

#DemiRakyat @JPJ_Malaysia Bakal Wujudkan Task Force @LiowTiongLai @Akaprawi @MOTMalaysia



Menyedari bahawa mutu perkhidmatan Jabatan Pengangkutan Jalan Raya (JPJ) boleh ditingkatkan dan diperbaiki ke satu tahap yang lebih membanggakan,  Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai telah membuat satu kenyataan bahawa, satu unit “Task Force” bakal ditubuhkan untuk meningkatkan mutu penguatkuasaan operasi mereka selain mengolah serta memperbaiki undang-undang yang sedia ada demi mengurangkan pesalah trafik di jalan raya.




Umum ketahui bahawa kemalangan jalan raya merupakan antara satu punca kematian utama penduduk di negara ini. Memetik kata - kata Pengarah JPJ pada tahun lepas,  Purata seramai 18 orang mati setiap hari dalam kemalangan jalan raya di seluruh negara, menurut statistik 2014, malah dalam tempoh yang sama, purata 1,330 kemalangan telah direkodkan setiap hari. (Rujukan).

Bagi kami di #KLChronicle, isu kemalangan jalan raya ini wajar ditangani dengan segera. Menyedari hakikat ini, Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai telah mencadangkan kewujudan "Task Force" seperti yang ditulis di atas. Ini menunjukkan Datuk Seri Liow Tiong Lai tahu apa masalah yang dihadapi negara, dan berusaha untuk menyelesaikan masalah tersebut. 

Kerajaan, melalui Kementerian Pengangkutan telah mengambil pelbagai langkah intervensi yang menggunapakai pendekatan 5E. Pendekatan ini merangkumi pendidikan (education), penguatkuasaan (enforcement), kejuruteraan (engineering), persekitaran (environment) dan penilaian (evaluation). Ini membuktikan kerajaan tidak duduk diam tetapi bersikap proaktif, namun bagaimana pula sikap kita sebagai pemandu, adakah kita mengambil langkah - langkah yang sewajarnya dalam memastikan kemalangan tidak berlaku?

Kerajaan boleh melakukan pelbagai program dan memberi pelbagai tips untuk memandu kereta dengan selamat, namun jika pemandu sendiri tidak mengubah sikap mereka, semua ini tidak akan berhasil. Kami ingin bertanya kepada pemandu, adakah anda "reply" mesej WhatsApp di telefon anda ketika memandu?

No comments:

Post a Comment