Monday, April 18, 2016

Datuk Noor Ehsanuddin kongsi masalah dihadapi Generasi - Y ketika ini



Pemimpin UMNO berpengaruh dari Johor, Datuk Noor Ehsanuddin Mohd Harun Narrashid yang juga merupakan Ahli Parlimen Kota Tinggi, dalam ucapan beliau ketika program Gempak Keluarga FELDA telah berkongsi dengan rakyat tentang permasalahan yang dihadapi oleh Generasi - Y ketika ini.  Maklumat yang beliau terima ini adalah hasil dari interaksi beliau dengan Genarasi - Y dari pelbagai lapisan masyarakat. 

Bagi mereka yang tidak tahu, Generasi - Y ini adalah mereka yang lahir dari awal tahun 1980s hingga awal tahun 2000. Ini bermakna mereka kini dalam linkungan 18 - 35 tahun. Menurut Datuk Noor Ehsanuddin, antara permasalahan yang dihadapi oleh Generasi - Y pada masa kni adalah masalah kewangan dimana mereka mempunyai masalah dengan bank - bank dari segi pinjaman peribadi, kereta, rumah dan kad kredit.

Malah, disebabkan masalah hutang ini, Generasi - Y telah meluahkan rasa marah mereka terhadap kerajaan, kerana kononnya kerajaan tidak membantu mereka. Seolah - oleh mereka diabaikan oleh kerajaan. Bagi menyelesaikan masalah ini, Datuk Noor Ehsanuddin mahu ibu - bapa memainkan peranan mendidik anak - anak dalam pengurusan kewangan supaya mereka tidak dibebani hutang. 

Bagi kami di #KLChronicle, kenyataan Datuk Noor Ehsanuddin ada asasnya. Oleh sebab itu, kerajaan Barisan Nasional dibawah kepimpinan Datuk Seri Haji Najib Tun Razak telah mewujudkan Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) bagi membantu mereka yang mempunyai masalah kewangan. Antara skop AKPK adalah memberikan kaunseling kewangan, PPK atau Debt Management Program, dan pendidikan kewangan. 


Kewujudan AKPK ini membuktikan kerajaan mengambil berat tentang permasalahan yang dihadapi oleh Generasi - Y. Malah, untuk membantu Generasi - Y, pelbagai bantuan telah diberikan oleh kerajaan antaranya BR1M, Rumah PR1MA, Rumah RUMAWIP, Deposit bagi rumah pertama (MyDeposit) dan sebagainya. Kerajaan BN berterusan berusaha untuk membantu Generasi  - Y. 

Siapa kata kerajaan tidak sayang Generasi - Y?

No comments:

Post a Comment