KL CHRONICLE: Bukti Pembangkang bakal kalah di #PRNSarawak #GiveAdenanAChance

Wednesday, April 20, 2016

Bukti Pembangkang bakal kalah di #PRNSarawak #GiveAdenanAChance

 
 
Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak sudah tidak lama lagi. Malah kesemua 82 calon bagi Barisan Nasional (BN) telah diumumkan oleh Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem. Malah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Bin Tun Abdul Razak juga telah bersetuju dengan 82 calon Barisan Nasional dimana Perdana Menteri telah memberi kuasa penuh kepada Tan Sri Adenan Satem untuk memilih barisan calon beliau tanpa campur tangan dari Kuala Lumpur.
 


 
Ini berbeza dengan parti pembangkang di Sarawak dimana mereka masih mendengar kata - kata ketua mereka dari Semenanjung. Ini terbukti apabila DAP Sarawak perlu medapat kebenaran Lim Guan Eng dalam isu pembahagian kerusi untuk DAP bertanding. Sama juga dengan PKR, dimana Azmin Ali terlibat dalam rundingan bersama DAP (Lim Guan Eng) dalam pembahagian kerusi bagi PRN kali ini.
 
Campur tangan kedua pemimpin dari Semenanjung ini membuktikan pembangkang di Sarawak (DAP & PKR) tidak mempunyai kuasa autonomi dan mereka hanya mengikut kepentingan pemimpin dari semenanjung. Malah, DAP dan PKR Sarawak juga dilihat tidak berkebolehan apabila perkara yang mudah seperti pembahagian kerusi PRN juga mereka tidak dapat selesaikan bersama dan memerlukan campur tangan dari Semenanjung.
 
Jika dilihat dari jumlah pengundi berdaftar mengikut umur bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak 2016:
  • 21 - 29 Tahun - Jumlah pengundi adalah 136, 755 iaitu 11.98%
  • 30 - 39 Tahun - Jumlah pengundi adalah 237, 440 iaitu 20.80%
  • 40 - 49 Tahun - Jumlah pengundi adalah 269, 728 iaitu 23.63%
  • 50 - 59 Tahun - Jumlah pengundi adalah 239, 843 iaitu 21.01%
  • 60 - 69 Tahun - Jumlah pengundi adalah 153, 219 iaitu 13.42%
  • 70 - 79 Tahun - Jumlah pengundi adalah 70, 703 iaitu 6.19%
  • 80 - 89 Tahun - Jumlah pengundi adalah 25, 918 iaitu 2.27%
  • 90 Tahun keatas - Jumlah pengundi adalah 7, 690 iaitu 0.67%
Majoriti pengundi adalah dari umur 30 - 59 tahun yang merupakan golongan penyokong kuat Barisan Nasional. Pembangkang sudah pastinya akan cuba untuk meraih sebanyak mungkin undi dari pengundi berumur 21 - 29 tahun dengan cara menanamkan perasaan benci terhadap kerajaan Barisan Nasional melalui isu - isu di Semenanjung dan juga menggunakan pendekatan rasis i.e. isu agama dan kaum.
 
Kami berharap pengundi di Sarawak wajar menolak taktik jijik pihak pembangkang untuk merampas kuasa dari Barisan Nasional. Ini kerana, setelah lama Barisan Nasional berkuasa di Sarawak, tidak pernah timbul apa - apa masalah antara kaum dan agama, berbeza dengan Pulau Pinang yang ditadbir oleh DAP dimana dilihat hanya satu kaum diberikan keistimewaan tetapi yang lain dilayan seperti pengemis. Adakah ini yang rakyat Sarawak mahu kan?

1 comment:

Unknown said...

Adnan memang boleh menang 100% kerusi DUN Sarawak.
Pertama, pembangkang tak dibenarkan berkempen dengan
menyekat kemasukan mereka ke Serawak.
Kedua, Najib setiap masa berkempen di Sarawak...KIHKIHKIH
(boleh ke anggap ini faktor penting kemengangan Adenan...?)
Ketiganya, memang patot Adenan menang supaya naik keyakinan
Najib b ahawa BN disayangi, lalu mengada PRU14!
Ini yang orang semua nak.
Semoga Adenan menang besar!!!!!



Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget