KL CHRONICLE: TMJ Dedah Zaman "Gelap" Keluarga Diraja Johor semasa pemerintahan Mahathir

Wednesday, March 23, 2016

TMJ Dedah Zaman "Gelap" Keluarga Diraja Johor semasa pemerintahan Mahathir

Tun Mahathir TMJ

Tunku Mahkota Johor yang dihormati, Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkata beliau tidak akan melupakan sejarah hitam yang pernah melanda istana Johor dengan kerajaan persekutuan ketika pemerintahan diktator Tun Dr Mahathir Mohamad.

Tunku Ismail melalui posting di Johor Southern Tigers hari ini berkata ekoran krisis perlembagaan tersebut pelbagai insiden telah dilakukan oleh pihak-pihak tertentu bertujuan untuk memalukan Istana Johor.



“Saya tidak akan lupa krisis perlembagaan yang berlaku pada tahun 1992. Saya masih ingat bagaimana keluarga saya telah dilayan oleh pegawai-pegawai kerajaan persekutuan.

“Saya masih ingat perkara-perkara seperti percubaan untuk membubarkan Askar Timbalan Setia Negeri Johor, Ahli Exco Johor diberitahu untuk tidak menyambut Almarhum nenda saya di lapangan terbang, bagaimana JKR telah diberitahu untuk tidak membaikpulih dan memulihara segala apa-apa yang ada di Istana-istana Johor.

“Malah Bonda saya juga ditahan oleh kastam Malaysia sewaktu kembali ke Johor dari Singapura. Bonda saya diarah melangkah keluar dari kenderaan kerana mereka mahu memeriksa kenderaan dengan terperinci. Saya masih ingat segala-galanya dan saya masih ingat kepada individu-individu yang bertanggungjawab,” ujarnya memetik kenyataan status tersebut.

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget