KL CHRONICLE: Cara Makan di Restoran McDonald's tanpa gunakan wang tunai

Wednesday, March 23, 2016

Cara Makan di Restoran McDonald's tanpa gunakan wang tunai




Menyedari hakikat bahawa dunia semakin maju dan penggunaan kad kredit serta debit semakin mendapat sambutan dikalangan rakyat di negara ini, Restoran McDonald's Malaysia kini telah memperkenalkan kaedah pembayaran menggunakan kad kredit atau debit di restoran mereka yang terpilih. Ini sudah semestinya membantu para pelanggan McDonald's Malaysia dengan memberikan mereka lebih banyak pilihan dalam membuat bayaran.





Program permulaan ini tidak dilakukan di semua restoran McDonald's Malaysia tetapi di 20 restoran yang terpilih sahaja, antaranya:


  1. Mid Valley (LG floor), 
  2. Mid Valley (3rd floor), 
  3. Sunway Pyramid, 
  4. Bukit Bintang, 
  5. Batu Caves,
  6. Titiwangsa, 
  7. Seksyen 3 Shah Alam, 
  8. TTDI, 
  9. KLIA,
  10. Genting, 
  11. Jalan Silang, 
  12. Jalan Tun Perak, 
  13. Berjaya Times Square, 
  14. SOGO, 
  15. 1 Utama, 
  16. Mutiara Damansara, 
  17. Bandar Utama, 
  18. Mont Kiara, 
  19. Petronas Taman Melati 
  20. Menara MARA.

Bagi kami di #KLChronicle, secara peribadinya langkah yang diambil oleh McDonald's Malaysia ini tepat pada masanya. Ini kerana, zaman sekarang tidak ramai orang yang membawa wang tunai yang banyak kerana risau akan dirompak dan sebagainya. Oleh itu, ramai yang menggunakan kad kredit atau debit untuk urusan seharian mereka dan dengan membolehkan rakyat menggunakan kad ini di McDonald's, secara tidak langsung McDonald's dapat meningkatkan lagi jumlah pengunjung ke restoran mereka. 

Malah, denegan mempunyai kerjasama dengan bank - bank tempatan, sudah pastinya McDonald's Malaysia akan melakukan lebih banyak promosi dan ini hanya akan memberikan faedah kepada pelanggan mereka. Bukankah ini satu perkara yang baik? Apa pendapat peembaca dengan program perintis yang dilakukan oleh McDonald's Malaysia ini. Bagus atau tidak?



No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget