KL CHRONICLE: Bongkar!! Proses Pembuatan Roti McDonald's Malaysia yang anda tidak tahu

Friday, March 18, 2016

Bongkar!! Proses Pembuatan Roti McDonald's Malaysia yang anda tidak tahu

Puan Sabariah Samaah mengesahkan semua bahan asas McDonald's adalah Halal dan disahkan oleh JAKIM
Baru - baru ini, kami di #KLChronicle telah menulis tentang cara - cara penyediaan nugget oleh MacFood Services (M) Sdn. Bhd untuk restoran McDonald's. Artikel tersebut boleh dibaca disini :

Pendedahan Terkini Cara Pembuatan Nugget di kilang pembekal McDonald's Malaysia http://thekl-chronicle.blogspot.my/2016/03/pendedahan-terkini-cara-pembuatan.html



Pada malam ini, kami telah membuat keputusan untuk mendedahkan proses restoran McDonald's membuat roti bun yang digunakan untuk menyediakan burger - burger popular mereka. Umum ketahui bahawa telah terdapat beberapa rungutan dan juga sembang - sembang nakal tentang kualiti serta kebersihan makanan McDonald's Malaysia yang diragui. Artikel kami sebelum ini telah membuktikan bahawa makanan McDonald's adalah HALAL, BERSIH DAN BERKUALITI!

Sebelum kami menceritakan lebih lanjut tentang proses pembuatan bun McDonald's Malaysia, kami ingin memperkenalkan Puan  Sabariah Samaah, iaitu Pegawai Jawatankuasa Halal Dalaman Aryzrta Malaysia Sdn Bhd. Puan Sabariah telah mengesahkan kepada kami bahawa segala bahan asas yang digunakan oleh McDonald's Malaysia mempunyai sijil JAKIM dan terbukti HALAL. Oleh itu, soal bab halal rakyat tidak perlu bimbang.

Puan Sabariah Samaah mengesahkan semua bahan asas McDonald's adalah Halal dan disahkan oleh JAKIM

Kembali kepada proses pembuatan roti McDonald's, berikut adalah proses  - proses yang dilakukan oleh Syarikat Aryzrta Malaysia Sdn Bhd sebagai pembekal roti kepada McDonald's Malaysia:

  1. Tepung yang berkualiti tinggi diuli menggunakan mesin canggih dan ditempatkan dalam bekas yang bersih.
  2. Menimbang dan membentuk tepung kepada saiz yang dikehendaki supaya semua size roti McD onald's Malaysia adalah sekata
  3. Memuatkan tepung kedalam talam
  4. Alat/mesin canggih digunakan bagi menabur biji bijan yang berkualiti tinggi diatas tepung.
  5. Tepung sedia untuk dibakar (toast)
  6. Tepung yang sudah dibakar dikeluarkan dari pembakar, disejukkan kemudian dibungkus dan dihantar ke restoran - restoran McDonald's Malaysia
Bagi kami di #KLChronicle, telah terbukti bahawa pembuatan roti McDonald's Malaysia menepati piawai yang ketat serta dilakukan dalam kondisi yang bersih dan selamat. Ini membuktikan bahawa segala fitnah sebelum ini yang mengatakan roti burger di McDonald's Malaysia dibuat dengan cara yang "tidak elok" adalah TIDAK BENAR sama sekali.  Kami juga sertakan gambar - gambar dibawah untuk rujukan pembaca:

Tepung yang berkualiti tinggi diuli menggunakan mesin canggih dan ditempatkan dalam bekas yang bersih.

Puan Sabariah melakukan pemeriksaan ketika proses pembuatan roti

Menimbang dan membentuk tepung kepada saiz yang dikehendaki supaya semua size roti McD onald's Malaysia adalah sekata

Memuatkan tepung kedalam talam
Alat/mesin canggih digunakan bagi menabur biji bijan yang berkualiti tinggi diatas tepung.

Tepung sedia untuk dibakar (toast)


Tepung yang sudah dibakar dikeluarkan dari pembakar, disejukkan kemudian dibungkus dan dihantar ke restoran - restoran McDonald's Malaysia






No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget