Pejuang Siber Pro UMNO Adalah Timbalan Presiden UMNO Yang Sebenar
Membaca kenyataan yang dikeluarkan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin baru² ini selepas keputusan Majlis Tertinggi UMNO menggantung jawatan tersebut seolah² nampak seperti beliau amat berkira sangat dengan segala bakti dan jasa yang pernah dicurahkan selama memegang jawatan Timbalan Presiden UMNO. Beliau juga turut menggariskan beberapa jawatan yang disandang untuk beberapa kempen termasuk juga sebagai Pengarah Pilihanraya Kecil (PRK) di seluruh Malaysia.
Saya tak nafikan TSMY sememangnya pemimpin yang berpengaruh namun saya tak pasti kehadiran beliau di sepanjang kempen PRK benar² mendatangkan undi kepada parti ataupun ianya hasil kerja keras jentera parti bagi memastikan kemenangan Barisan Nasional (BN). Pada pengamatan saya di setiap PRK, jentera parti bekerja siang malam bagi memastikan kemenangan kepada BN. Begitu juga pemimpin² Bahagian dari seluruh Malaysia yang berusaha ke arah kejayaan.
Namun tindakan beliau mengingatkan Presiden Dato' Sri Najib Tun Razak mengenai jasa² nya sebelum ini, membuatkan saya terfikir. Adakah beliau benar² membantu pengukuhan parti dan berjaya mengekalkan sokongan rakyat terhadap UMNO / BN?
Adakah meninggalkan pelbagai bentuk soalan dan tanda tanya kepada rakyat tanpa mengemukakan sebarang fakta mahupun bukti tuduhan boleh dikatakan membantu parti?
Suka lah saya ingin berkongsi, kami pejuang siber di dalam media sosial saban hari bertungkus lumus menjawab pelbagai isu² yang dilemparkan oleh pembangkang. Kami berhadapan dengan isu nasional, kerajaan negeri, pemimpin berpengaruh dan pelbagai lagi. Adakah di peringkat pemimpin tertinggi pernah ketahui akan hal ini?
Sebagai ahli dan jentera siber pro UMNO, kami tidak pernah berkira langsung dengan itu semua kerana objektif kami hanya untuk memastikan institusi Presiden tidak diaibkan, maruah UMNO tidak tercalar sekaligus kepentingan agama, bangsa dan tanah air terus dipelihara serta yang paling penting kerajaan BN tetap terus memerintah.
Tahniah pejuang siber, anda adalah Timbalan Presiden UMNO yang sebenar. Mempertahankan Presiden, UMNO dan kerajaan 24 jam tanpa henti.
Tugasan paling utama Timbalan Presiden UMNO adalah membantu tugas² Presiden dan paling penting mempertahankan maruah parti bersama.
Jika nak dibuat perbandingan sisi perjuangan antara pemimpin dan kami sebagai pejuang siber, ia amatlah berbeza sekali. Di kalangan pemimpin, mereka berkempen menggunakan pengaruh atau aura atau air liur untuk menarik sokongan rakyat kepada parti. Tapi di kalangan pejuang siber, kami berjuang di dalam media sosial membetulkan persepsi umum dan menarik rakyat menyokong kembali parti dengan skop yang lebih luas serta pengguna media sosial yang lebih ramai dari pelbagai latar belakang.
Ia nampak seperti tugas yang mudah tetapi ianya jauh lebih sukar kerana menangani isu persepsi ini jauh lebih menakutkan daripada tohmahan Pembangkang yang mudah ditangkis dengan fakta² sedia ada. Penerangan isu semasa agak menyeramkan semenjak akhir² ini kerana kekangan mendapatkan fakta dan sering kali sukar mendapat perhatian rakyat.
Prinsip kami sebagai pejuang siber amat mudah iaitu selagi pemimpin sebagai Presiden UMNO yang diberikan mandat tidak menyekat penyebaran agama Islam di sini, tidak mengarahkan kami melakukan maksiat dan menggalakkan kemungkaran selagi itu kami akan tetap terus berdiri mempertahankan Presiden waima sesiapa sekalipun memegang jawatan tersebut.
MOHD RIZIQIN HILLAN BIN MD HASBULLAH
Pengerusi Biro IT
Pergerakan Pemuda UMNO Bandar Tun Razak
No comments:
Post a Comment