Sejak mula diperkenalkan di Malaysia, restoran McDonald's telah memberi perhatian yang sangat serius terhadap keselamatan, kebersihan, kesihatan, dan kualiti makanan yang dikeluarkan oleh syarikat. Malah, lebih dari itu lagi, restoran McDonald's menjamin bahawa segala hidangan makanan mereka merupakan makanan Halal dan mereka mengambil langkah yang ketat untuk memastikan semua produk yang diproses dan dikeluarkan adalah mengikut undang-undang Syariah.
Bagi kami di #KLChronicle, usaha yang dilakukan oleh McDonald's untuk memastikan makanan mereka halal adalah kerana McDonald's mengambil berat sensitiviti umat Islam di negara ini yang majoritinya berbangsa Melayu dan beragama Islam. Antara cara McDonald's memastikan makanan yang dikeluarkan oleh mereka Halal adalah dengan cara berikut:
- Pembekal yang diyakini
- Kawalan dan ujian piawaian yang ketat dalam pengedaran dan pemprosesan
- Memastikan tempat penyimpanan, penghidangan, pengendalian dan pembungkusan sentiasa dalam keadaan bersih
- Mengutamakan keselamatan makanan
Lebih menarik lagi, bagi memastikan kualiti makanan dan kebersihan terus terjamin, McDonald's tidak membenarkan mana-mana pekerja mereka merokok, makan, minum atau melakukan sebarang aktiviti yang mungkin mencemarkan produk makanan di kawasan pengeluaran makanan.
Malah, bagi memastikan tahap kebersihan dan kesihatan yang lebih tinggi, pekerja McDonald's diwajibkan untuk mengambil suntikan tifoid sebelum bekerja di mana-mana restoran. Ini supaya tidak ada mana - mana restoran McDonald's yang akan terlibat dalam kes demam paratifoid. Jika kita masih ingat, kes demam paratifoid pernah berlaku di negara beberapa bulan yang lepas sehingga menyebabkan panik dikalangan penduduk Kuala Lumpur dan Selangor.
Bagi kami di #KLChronicle, langkah ketat yang diambil oleh McDonald's untuk menjaga makanan mereka dari mula hingga akhir (supply chain) menunjukkan mereka sangat komited dalam memastikan makanan mereka adalah "tip top" dan halal. Jika terdapat mana - mana pihak yang mempersoalkan sijil Halal yang dimiliki McDonald's nampaknya mereka tidak pernah mengkaji atau membaca tentang proses persediaan makanan yang dilakukan oleh restoran - restoran McDonald's.
Bagi pembaca yang inginkan maklumat lanjut tentang komitmen McDonald's dalam pengeluaran makanan yang halal, mereka boleh klik di link berikut:
No comments:
Post a Comment