KL CHRONICLE: @LiowTiongLai : #RMK11 akan memberi kesan positif terhadap ekonomi #Malaysia

Monday, January 4, 2016

@LiowTiongLai : #RMK11 akan memberi kesan positif terhadap ekonomi #Malaysia


Dalam perutusan Tahun Baru 2016 baru – baru ini, Menteri Pengangkutan Yang Berhormat Dato’ Sri Liow Tiong Lai telah memperingatkan kita semua tentang cabaran pertumbuhan ekonomi dunia yang semakin perlahan. Malah, dalam menyedari bahawa pertumbuhan ekonomi dunia kini perlahan, kerajaan telah mengambil langkah proaktif dengan berusaha untuk meringankan beban kewangan Rakyat, khususnya golongan berpendatan rendah dan sederhana. 



Umum ketahui, kerajaan Barisan Nasional telah mewujudkan begitu banyak program untuk rakyat seperti Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M), Asrama 1 Malaysia (A1M), Kedai Rakyat 1 Malaysia (KR1M) dan sebagainya. Segala usaha kerajaan ini adalah satu bentuk “direct assistance” kepada rakyat dan tidak melalui sebarang birokrasi. 

Selain isu ekonomi, Yang Berhormat Dato’ Sri Liow Tiong Lai juga telah menyentuh isu “race relations” ataupun hubungan antara kaum yang dilihat kini semakin goyah sehingga menyebabkan perpecahan serta perpaduan negara terancam. Ini merupakan satu perkara yang tidak sihat kerana dalam mengejar kejayaan sebagai negara maju dan juga dalam era globalisasi, rakyat Malaysia harus bersatu padu dan menghayati nilai – nilai murni yang mencerminkan sifat warga Malaysia. We have to be a good role model to the world. 

Bagi kami di #KLChronicle, dua point yang diketengahkan oleh  Yang Berhormat Dato’ Sri Liow Tiong Lai iaitu ekonomi dan hubungan antara kaum sangat tepat dalam konteks keadaan negara pda masa kini. Jika kita melihat komen – komen di facebook rata – rata pengguna facebook membangkitkan isu kos sara hidup yang kononnya “tinggi” namun mereka yang komen ini jugalah yang mempunyai gaya hidup yang keterlaluan dengan telefon berharga ribuan ringgit, tudung ratusan ringgit dan sebagainya. 

Sudah pasti kerajaan dapat membantu melalui #RMK11 untuk mengurangkan kos SARA HIDUP rakyat tetapi jika GAYA HIDUP sudah pasti kerajaan tidak dapat membantu kerana itu adalah pilihan peribadi masing – masing. 

Anyway, Selamat Tahun Baru 2016 kepada semua rakyat Malaysia!

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget