Kezaliman Tun Dr Mahathir Mohamad ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak pernah dilupa dan dimaafkan rakyat.
Buktinya, ketika Ketua Umum KEADILAN menyatakan tiada dendam dan sedia memaafkan ‘dosa’ bekas Perdana Menteri itu, ribuan rakyat di Ceramah Jelajah Merdeka Rakyat di Kampung Majidee, malam kelmarin lantang bersorak ‘tidak mahu memaafkan kesalahan Mahathir’ kepada Anwar.
“Saya maafkan Mahathir. Ada orang marah saya kenapa nak maafkan Mahathir. Kita kena sabar, jangan ada niat dendam dan dera orang. Sebab itulah saya maafkan dia,” kata Anwar.Kehadiran hampir 10,000 rakyat Johor menjadi saksi perjuangan rakyat tidak boleh disekat dan bukan lagi di bawah kuasa Umno BN.
Slogan reformasi terus bergema dilaungkan generasi muda yang membesar semasa tokoh reformasi itu di’kurung’ tirai besi, persis pertama kali kalimah keramat itu dilaungkannya pada 1998.
“Jangan minta saya buat lebih dari ini, kesianlah pada saya, (isteri) Wan Azizah (Wan Ismail) dan anak-anak. Tuan-tuan (rakyat) yang perlu teruskan, ini perjuangan tuan-tuan,” kata Anwar.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=48276
No comments:
Post a Comment