Pada 1 Januari 2015 (esok) kenaikkan harga Express Rail Link Sdn Bhd (ERL) akan mula berkuatkuasa,Kadar tambah baharu itu melibatkan perjalanan sehala dari Stesen KL Sentral ke KLIA/KLIA2 kepada RM55 berbanding RM35 ketika ini. Ini adalah peningkatan sebanyak RM 20 bagi setiap perjalanan sehala. Sudah pasti, bila pengumuman ini dibuat rakyat telah berasa marah sekaligus menyalahkan kerajaan dengan kenaikkan tambang ini.
Oleh itu hari ini kami di #KLChronicle akan memberikan anda tips bagaimana untuk menjimatkan duit anda ketika menaiki tren KLIA Express. Terdapat beberapa cara anda boleh menikmati diskaun ketika menaiki tren KLIA Express antaranya:
Jimat RM 10
- Anda dapat jimat RM 10 duit anda apabila anda membeli tiket ERL Express pergi dan balik (return trip). Ini kerana pada harga semasa, harga tiket sehala adalah RM 35 dan jika dua hala adalah berharga RM 70. Dengan rasionalisasi tambang yang baru, harga tiket sehala adalah RM 55 dan jika anda beli return tiket sekali tambangnya adalah RM 100 berbanding harga sepatutnya RM 110. Anda telah jimat RM 10!
Jimat 10% harga tambang
- Anda dapat jimat 10% jika anda membeli tiket secara online, applikasi mobile ataupun di kiosk layan diri di KL Sentral dan KLIA1/2. Kami rasakan ini tidak menjadi masalah kerana kebanyakkan anda semua ada smartphone dan di KLIA1/2 pula ada wifi percuma. Settle. Anda jimat RM 5.50 satu tiket! Malah lebih menarik jika anda terus beli tiket return harga tiket anda cuma RM 90..iaitu RM 45 satu trip dan anda jimat RM 20!
Jimat 20% harga tambang melalui Mastercard
- Sama macam diatas, tapi kali ini anda beli secara online, applikasi mobile ataupun di kiosk layan diri di KL Sentral dan KLIA1/2 dengan menggunakan kad kredit Mastercard. Lebih menarik lagi harga tiket anda bagi sehala adalah RM 44 dan jika anda beli tiket return trip harga hanyalah RM 80 sahaja. Beza RM 10 dengan harga tiket sekarang!
Dan yang paling kami suka dan senang, adalah dengan menggunakan Touch n Go. Jika anda menggunakan Touch 'n Go bagi menaiki ERL, anda akan diberikan diskaun 10% keatas harga tiket. kan dah jimat RM 5.50 tu bagi satu trip!
Bagi kami di #KLChronicle, memang kenaikkan ini "tidak menarik" tetapi tugas kami adalah mencari cara terbaik bagi pengguna menjimatkan kos dan mengurangkan perbelanjaan anda. Diatas adalah beberapa cara yang dapat anda gunakan. Kami juga akan cuba mencari cara lain untuk memberikan tips penjimatan yang terbaik untuk anda dari semasa ke semasa.
p/s: Share lah artikel kami supaya lagi ramai orang tahu tentang cara nak jimat duit bila naik ERL KLIA Express... :)
1 comment:
Terima kasih atas informasi..memang terbaik. Harap pihak anda teruskan kajian tentang perkara-perkara sebegini supaya masyarakat terutamanya pengguna dapat lebih berjimat. Mengapa perlu bayar lebih kan....
Teruskan usaha dan semoga dapat membantu lebih ramai pengguna dalam langkah penjimatan walaupun nampak seperti perkara mudah tapi sebenarnya dah boleh berjimat banyak.
Terima aksih sekali lagi:)
Post a Comment