Arul Kandasamy berjumpa dengan Ahli MCA di Wisma MCA bagi memberikan penjelasan tentang isu 1MDB |
Tahniah diucapkan kepada Malaysian Chinese Association (MCA), terutamanya Presiden Datuk Sri' Liow Tiong Lai dan Dato Seri Dr. Ir. Wee Ka Siong kerana dibawah kepimpinan mereka MCA kini sangat proaktif dalam memahami dan menyelesaikan isu semasa yang dekat dihati rakyat. Terbaru, MCA telah mengadakan perjumpaan dengan #1MDB terutamanya Presiden 1Malaysia Development Bhd (1MDB) Arul Kanda Kandasamy yang telah memberikan taklimat tertutup kepada ahli-ahli MCA berkaitan operasi serta isu yang melibatkan 1MDB.
Bagi kami di #KLChronicle, tindakan proaktif MCA ini wajar dipuji. MCA bukan seperti DAP yang hanya tahu mencari publisiti murahan melalui Tony Pua dan mempolitikkan segala isu yang melibatkan 1MDB. MCA sebagai parti yang berpengalaman dalam pentadbiran mengambil "approach" yang lebih "subtle" dengan berjumpa #1MDB. Sudah pasti bila ada perjumpaan yang sebegini, ahli MCA yang hadir boleh bertanya soalan kepada 1MDB dan mendapat respons yang tepat. Bukan melalui media propaganda pembangkang.
Sudah pasti, apabila MCA telah diberi penerangan oleh 1MDB, ahli MCA akan dapat membawa maklumat tepat yang mereka terima ini kembali ke akar umbi dan memberi penerangan yang sewajarnya. Secara tidak langsung, mesej yang disampaikan "akan turun kebawah" dan rakyat akan lebih jelas tentang 1MDB seterusnya tidak termakan pembohongan dan fitnah jijik pembangkang terutamanya Tony Pua, Rafizi Ramli etc.
Kami di #KLChronicle berpendapat parti-parti komponen lain didalam Barisan Nasional wajar mengikut langkah proaktif yang diambil MCA. Ini kerana isu #1MDB ini sebenarnya boleh ditangani dengan baik jika penerangan yang diberi adalah tepat dan mudah difahami. Namun akibat serangan yang berterusan dari pihak pembangkang, rakyat telah cepat menerima fitnah tersebut sebagai kebenaran walhal ianya adalah tipu semata-mata.
Keep up the good work MCA. With consistent effort the support of the public will return!
#Kipidap #Dongibab
No comments:
Post a Comment