KL CHRONICLE: Komen Datuk Seri @weekasiongmp tentang #TPPA

Monday, October 12, 2015

Komen Datuk Seri @weekasiongmp tentang #TPPA



Baru-baru ini kecoh satu negara berkaitan isu The Trans-Pacific Partnership Agreement (TPPA). Malah, ramai pakar-pakar Facebook juga menjelma dengan memberikan komen seolah-olah mereka telah melihat perjanjian TPPA tersebut. Namun, sebenarnya sehingga hari ini perjanjian TPPA yang dipersetujui oleh kerajaan Malaysia belum lagi dimuat naik didalam website MITI. Ianya akan dilakukan dalam masa sebulan lagi. 


Kembali kepada TPPA, kami di #KLChronicle berjaya mendapat pandangan daripada Timbalan Presiden MCA iaitu Datuk Seri Dr. Ir. Wee Ka Siong yang juga merupakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Bagi Datuk Seri Dr. Ir. Wee Ka Siong, Datuk Seri Mustapha Mohammad (Tokpa) telah mendapat mandat dari kabinet untuk berbincang dan berunding secara terperinci berkaitan TPPA dan beliau (Tokpa) merupakan seorang yang sangat komited. 

Malah, bagi Datuk Seri Dr. Ir. Wee Ka Siong, Tokpa telah melakukan yang terbaik dimana kita mungkin akan "win some and lose some". Malah, tuduhan pembangkang bahawa kita kononnya akan 'gadai' segala-galanya adalah salah. Ini kerana macam mana kita boleh mengatakan TPPA ini akan menyebabkan kita "gadai" segala-galanya walhal kita akan memperluaskan lagi peluang perniagaan dimana akses kepada pasaran dunia adalah lebih terbuka?

Bagi kami di #KLChronicle, kenyataan yang dikeluarkan oleh  Datuk Seri Dr. Ir. Wee Ka Siong adalah tepat. Pertama sekali, ramai yang cuba meramalkan bahawa TPPA ini tidak baik tetapi mereka sendiri belum lagi melihat dokumen tersebut. Oleh demikian, komen mereka adalah terlalu "premature". Kedua, memandangkan TPPA ini membuka Malaysia kepada pasaran global, sudah pasti ianya bagus kerana bila pasaran adalah besar, kuasa membeli juga adalah besar sekaligus akan membantu syarikat tempatan menambah pendapatan mereka. 

Secara konklusinya, kami rasa pendekatan yang diambil oleh MCA ini adalah antara yang paling bijak dimana mereka akan menunggu dulu sehingga dokumen penuh TPPA disiarkan. Kemudian mereka akan menilai dokumen tersebut baru mengeluarkan kenyataan berkaitan. Tapi jika difikir secara logik, tidakkah kita mahu produk negara dijual di Pasaran global tanpa dikenakan cukai sekaligus meningkatkan pendapatan syarikat tempatan?

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget