KL CHRONICLE: "Geng 6 Kecewa" Buat Press Conference Menyokong Usaha Sabotaj Ekonomi oleh Mr. Botox & Geng

Monday, October 12, 2015

"Geng 6 Kecewa" Buat Press Conference Menyokong Usaha Sabotaj Ekonomi oleh Mr. Botox & Geng


Beberapa bekas pemimpin Barisan Nasional (BN) yang kecewa digugurkan dari pentabiran Perdana Menteri Dato Seri Haji Najib Tun Razak menyertai Dr Mahathir Mohamad hari ini untuk bersuara menentang penahanan 2 individu iaitu Khairruddin Abu Hassan dan Matthias Chang yang dikaitkan dengan bekas perdana menteri dalam kempen mensabotaj ekonomi negara. 



Antara yang hadir pada sidang media hari ini ialah Bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Bekas Menteri Datuk Seri Shafie Apdal, Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah, bekas setiausaha agung Umno Tan Sri Sanusi Junid dan bekas presiden MCA Datuk Seri Ong Tee Keat.

Dr Mahathir sedang mengadakan sidang akhbar pada masa ini di Yayasan Kepimpinan Perdana berhubung nasib bekas setiausahanya, peguam Matthias Chang dan bekas pemimpin cawangan Umno, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan.

Kedua-dua individu itu didakwa di mahkamah hari ini atas kesalahan cubaan mensabotaj ekonomi, kewangan dan sistem perbankan Malaysia. – 12 Oktober, 2015.

2 comments:

usin said...

dari sakit hati kini sudah bertukar kepada SAKIT JIWA. semoga segera sembuh sebelum terlambat.

Mohd Sobri said...

Kenapa ya

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget