KL CHRONICLE: Dato' Seri @VellPaari Bidas #Bersih4 cuba alih isu dan masalah pembangkang #MIC

Tuesday, September 1, 2015

Dato' Seri @VellPaari Bidas #Bersih4 cuba alih isu dan masalah pembangkang #MIC




Pemimpin berpengaruh Malaysian Indian Congress (MIC) yang juga merupakan Pengarah Komunikasi dan Biro Hubungan Awam MIC, Dato' Seri S. Vell Paari hari ini membidas pihak #Bersih4 yang berdemonstrasi secara haram sehingga membawa negara ke arah satu suasana politik yang buruk seterusnya memburukkan imej Malaysia di mata dunia. Ini ketika Malaysia menjadi Pengerusi Pertubuhan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN) dan perlu menunjukkan kepimpinan yang baik terhadap jiran ASEAN. 



Malah katanya, tindakan pihak pembangkang menggunakan ma­syarakat untuk menjayakan agenda politik kotor mereka tidak akan berjaya dan hanya akan menambah masalah yang ada di dalam pakatan pembangkang. Umum ketahui bahawa pembangkang kini dalam keadaan berkecamuk apabila DAP memutuskan hubungan dengan PAS yang akhirnya menyebabkan pembangkang kini disokong hampir 90% orang Cina sahaja. 

Dato Seri S. Vell Paari juga menyatakan pihak pembangkang sengaja mengalihkan pandangan rakyat terhadap masalah dalaman yang dihadapi mereka dengan menganjurkan Bersih 4.0. Jelas beliau, arus politik pakat­an pembangkang kini sema­kin kritikal dan mereka cuba me­­nyembunyikannya daripada rak­yat dengan mengkritik serta menghentam pentadbiran Perdana Menteri Dato Seri Najib Tun Razak.



Bagi kami di #KLChronicle, kenyataan yang dikeluarkan oleh Dato Seri S Vell Paari sangat tepat. Ini kerana dengan demo haram #Bersih4 , perhatian rakyat kini berjaya dialihkan dari skandal RM 30 Billion kerajaan negeri Selangor dibawah pentadbiran Azmin Ali. Masihkah pembaca ingat penyelewangan RM 30 billion yang dilakukan oleh Azmin Ali dimana segala wang serta aset kerajaan Selangor dipindahkan kepada dua kroni beliau?

Nampaknya, penyokong pembangkang memang hipokrit apabila cuba mencari kesalahan Perdana Menteri namun tutup sebelah mata berkaitan penyelewengan duit rakyat oleh Azmin Ali. Ini membuktikan penyokong pembangkang adalah hipokrit of the highest order!

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget