KL CHRONICLE: #TahukahAnda Mengapa Perlu Persempadanan Semula di Sarawak? #Bersih4

Saturday, August 29, 2015

#TahukahAnda Mengapa Perlu Persempadanan Semula di Sarawak? #Bersih4


Ramai diantara kita yang tidak tahu mengapa perlu diadakan proses persempadanan semula kawasan pililihanraya.  Malah ada diantara kita yang mempersoalkan mengapa proses persempadanan semula ini harus dilakukan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). 




Lebih buruk lagi, ada yang fitnah mengatakan bahawa proses persempadanan semula ini adalah untuk memastikan kerajaan Barisan Nasional terus kekal berkuasa. Sebenarnya, fitnah ini adalah tidak masuk akal sama sekali. 

Pertama sekali, tahukah anda satu kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Sarawak ada yang sebesar negeri Pahang. Walaupun besar taburan penduduknya, mereka merata. Ada yang masih tinggal di kawasan terpencil dan menggunakan sungai sebagai alat pengangkutan utama. Ini adalah kawasan luar bandar.

Kedudukan rumah-rumah penduduk juga jauh antara satu rumah dengan satu rumah lain. Keadaan bukan macam di bandar yang banyak kelihatan rumah-rumah pangsa atau pun banglo seperti di Selangor atau Pulau Pinang. 

Memandangkan kawasan ini besar, jadi ianya harus perlu diperkecilkan kawasan DUN (ini) agar tidak susahkan wakil rakyat di situ untuk berkhidmat kepada rakyat. Cuba bayangkan kawasan sebesar negeri Pahang diwakili hanya oleh satu ADUN? 

Malah di sesetengah tempat dengan penduduknya kira-kira 6,000 orang, ada wakil rakyat nak jumpa orang pun hampir ‘setengah mati’. Itu baru 6,000 bukan 60,000 atau 600,000 orang.

Dalam tempoh lapan hingga 10 tahun ini, sesuatu kawasan biasanya akan banyak berubah. Selalunya akan bertambah, waima bilangan dewan atau balai raya sekalipun. Pertambahan ini berlaku akibat migrasi penduduk, pembukaan penempatan baru dan sebagainya. 

Walaupun mengetahui semua perkara ini. Proses persempadanan semula ini sentiasa diganggu oleh parti PKR, DAP dan juga NGO Pembangkang BERSIH.

Malah mereka ini sanggup untuk menyedia kan skrip semasa perbicaraan (bantahan) iaitu local inquiry. Mengapa kami kata demikian? Sebabnya apabila dibaca skrip yang disediakan pihak pembantah, semuanya sama belaka di setiap tempat. Kata mereka, bilangan pengundi mesti dibahagikan dengan jumlah kawasan DUN.

Mana boleh Shah Alam disamakan dengan Sabak Bernam dan Baram? Kan tidak masuk akal. 

Di Kampung Batu 40 Sabak Bernam contohnya, semua yang tinggal di situ menggunakan alamat sama, bukan berdasarkan nombor rumah tetapi surat tetap sampai juga (di rumah masing-masing).

Dalam hal ini, SPR dikatakan menipu dengan tidak mengikut perlembagaan. Tetapi sebenarnya mereka (pembangkang dan Bersih) mahukan konsep ‘one man, one vote, one value’ iaitu nilai pengundi di Shah Alam mesti sama dengan nilai di Kapit.

Sedangkan bilangan pengundi di Shah Alam ini ada bandar rayanya, separuh bandar dan ada juga kampung. Apa yang dibuat SPR ini bukan untuk tentukan kemenangan BN tetapi demi memastikan pengundi dekat dengan alamat persempadanan ini.

Persempadanan semula kawasan pilihan raya ini bukan asing, sebaliknya prosesnya dibuat di seluruh dunia untuk kemaskini kedudukan kawasan pilihan raya (DUN). Harap fahami sekarang akan keputusan Mahkamah Rayuan yang mengatakan SPR betul. Jangan pula dikatakan mahkamah silap pula.

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget