KL CHRONICLE: JAWAPAN DATUK HAFARIZAM BUAT ANINA YANG MENYAMAN PRESIDEN UMNO

Friday, August 28, 2015

JAWAPAN DATUK HAFARIZAM BUAT ANINA YANG MENYAMAN PRESIDEN UMNO


Perwakilan Umno bahagian Langkawi, Anina Saadudin telah bertindak menyaman Dato Sri Najib bagi pihak UMNO. Mendakwa mewakili parti, memfailkan saman terhadap Presiden UMNO.




Berikut ulasan yang diberikan oleh Hafarizam, peguam UMNO terhadap saman yang dikemukan oleh Anina itu,

Hanya pegawai awam yang dilantik oleh Majlis Tertinggi sahaja boleh menyaman atas nama UMNO kepada mana mana pihak yang lain. Pegawai itu kini adalah Datuk Abdul Rauf Yusoh (Setiausaha Kerja UMNO Malaysia) dan bukan Anina binti Saadudin (wanita UMNO Langkawi).
Mengikut perlembagaan UMNO Perkara 20.7, mana mana ahli yang membawa urusan parti UMNO ke mahkamah maka keahliannya tergugur dengan sendirinya. Fasal ini dibuat merujuk kepada kes parti UMNO yang dibatalkan pendaftaran semasa era Tun Dr Mahathir.

Mengikut Akta Pertubuhan Perkara 18C, keputusan terhadap mana mana parti atau ahli ahlinya adalah hak parti dan mahkamah tidak boleh campur tangan.

Siapalah yang menjadi penghasut dan dalang menjadikan Anina ini sebagai kambing hitam dalam kes saman ini. Jelas sekali amat memalukan.

Nampaknya Anina ini tidak mengkaji terlebih dahulu akta dan peraturan yang ada dalam UMNO. Oleh itu, buat apa Anina ini bertindak sedemikian? Tidak lain dan tidak bukan hanyalah semata mata mahu populariti sahaja. Hendak bertanding jawatan Ketua Wanita UMNO Malaysia pun tidak boleh kalau kelayakan ahli sudah tergugur.

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget