KL CHRONICLE: @razlanrafii : Mengapa Ada anak muda cina yang menolak pemberian Bendera Malaysia #SehatiSejiwa

Friday, August 28, 2015

@razlanrafii : Mengapa Ada anak muda cina yang menolak pemberian Bendera Malaysia #SehatiSejiwa


Tarikh 31 Ogos adalah detik kemerdekaan negara mengecapi kemenangan dan kebebasan daripada penjajah yang telah menakluk Tanah Melayu selama lebih 400 tahun bermula dengan kuasa besar Portugis, Belanda, Inggeris dan sehinggalah diambil alih oleh negara matahari terbit, Jepun.



Kini kita semakin hampir menyambut ulangtahun kemerdekaan yang ke 58 tahun. Seluruh rakyat Malaysia gembira meraikannya baik yang dewasa sehinggalah ke anak-anak yang masih bersekolah hasil dorongan golongan pendidik negara membimbing anak bangsa mengenal dan tidak sesekali melupakan sejarah negara.

Hari ini hati saya bercampur baur semasa mengedarkan Jalur Gemilang untuk dipasangkan di kenderaan² yang melalui Jalan Kuchai Lama pagi tadi bersama² Pemuda UMNO Seputeh. Sambutan yang diterima sangat baik dan menggalakkan.

Ada yang gembira menerima sehingga terlupa mengucapkan terima kasih dan ada juga menyuarakan rasa bangga kepada kami apabila melakukan program khidmat masyarakat buat warga Kuala Lumpur yang barangkali terlalu sibuk dan hampir terlupa untuk melekatkan bendera di kenderaan masing². Tapi kami puas kerana dapat menghulurkan sedikit bakti untuk masyarakat.


Kami begitu tersentuh apabila seorang lelaki kaum Cina tidak putus² mengucapkan terima kasih apabila kami melekatkan Jalur Gemilang di atas kenderaannya. Dari ekspresi wajahnya, ternyata beliau begitu menghargai sumbangan khidmat bakti kami ini.

Namun perasaan gembira kami tersentak apabila segelintir anak² muda kaum Cina enggan menerima bendera yang kami berikan. Pelbagai alasan diberikan untuk mengelakkan Jalur Gemilang daripada berkibar di atas kenderaan mereka. Walhal sapaan awal kami kepada mereka adalah pemberian Jalur Gemilang ini secara percuma dan bukannya berbayar.


Meskipun ada yang menerima tetapi mereka lebih rela menyimpan Jalur Gemilang tersebut daripada dilekatkan di atas kenderaan menjelang beberapa hari sebelum Merdeka ini. Sikap kurang toleransi dan tidak bersemangat golongan ini membuatkan kami berfikir sejenak, apakah sambutan kemerdekaan ini tidak memberi apa² pengertian kepada mereka? Atau sambutan hari kemerdekaan hanyalah satu hari cuti umum sahaja pada tanggapan mereka?

Apakah mereka tidak sedar bahawa tokoh-tokoh nasionalis yang terdiri daripada pelbagai latar kaum juga merupakan pejuang kemerdekaan negara. Tokoh-tokoh ini juga yang menumpahkan darah dan air mata demi maruah membebaskan tanah air dari belenggu penjajahan.

Amat menyedihkan sekiranya golongan muda hari ini tidak menganggap ia satu pengorbanan yang berbaloi demi memastikan rakyat Malaysia semalam, hari ini dan akan datang hidup dalam kedamaian dan selamat tanpa rasa ketakutan. Fikirkanlah, ingatlah dan kenangkanlah.

Salam Merdeka !


MOHD RAZLAN RAFII
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan

28 Ogos 2015

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget