KL CHRONICLE: #DemiFELDA Kini Anak Syarikat FELDA Belanja RM 1.1 Bilion

Friday, August 28, 2015

#DemiFELDA Kini Anak Syarikat FELDA Belanja RM 1.1 Bilion



Tahniah diucapkan kepada MSM Malaysia Holdings Berhad yang berani melakukan pelaburan ketika keadaan ekonomi dunia kini semakin bermasalah akibat peningkatan kekuatan Dollar Amerika Syarikat dan kelemahan Yuan China. Akibat dari "permainan" ekonomi oleh dua gergasi dunia ini Malaysia kini tersepit mengakibatkan kejatuhan nilai ringgit. 



Memandangkan ringgit kini berasa pada paras terendah,  harga syarikat-syarikat dalam industri gula juga telah merudum. Apabila ini berlaku, syarikat yang mempunyai aliran tunai dan simpanan yang tinggi seperti MSM yang juga merupakan anak syarikat FELDA boleh menggunakan peluang ini untuk membeli syarikat pesaing dengan harga yang murah. 

Ini sekaligus akan mengakibatkan MSM kekurangan pesaing dan juga apabila persaingan kurang, keuntungan MSM juga akan bertambah. Akhirnya bila keuntungan MSM bertambah ini akan meningkatkan keuntungan FELDA sekaligus membantu peneroka melalui peningkatan pembayaran dividen dan sebagainya. 

Kami di #KLChronicle berharap segala usaha yang dibawa oleh FELDA & MSM ini bakal membawa kejayaan kepada syarikat seterusnya memberikan pulangan yang baik kepada peneroka sepertimana yang dilakukan setelah berpuluh tahun.

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget