KL CHRONICLE: [Part 1] Jawapan Sudah Ada, Hanya Perlu Rajin Membaca

Tuesday, August 4, 2015

[Part 1] Jawapan Sudah Ada, Hanya Perlu Rajin Membaca

Sebenarnya jawapan sudah ada depan mata.Mesej ini sudahpun disuarakan secara terbuka oleh Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ingat balik,baru Sabtu lalu semasa berucap merasmikan mesyuarat UMNO Bahagian Seremban Perdana Menteri kata BN sedia dedah sumber sumber politiknya dengan syarat pembangkang buat perkara sama.

Itu saja syaratnya,mudah dan jelas...kalau semua orang berminat sangat nak dengar siapa penderma RM2.6 billion.



SPRM semalam Isnin sudah sahkan siasatan pasal 'wang besar' yang masuk ke akaun Najib itu bukan dari 1MDB.

Begitu juga 1MDB sudah berkali-kali kata ia tidak pernah salurkan dana kepada akaun Perdana Menteri.

Soalnya sekarang kenapa sampai setakat dan detik ini pimpinan parti pembangkang liat sangat hendak meyahut cabaran Najib untuk isytihar senarai penderma sumbangan politik mereka?

Apa yang mereka risau sangat,takut dan berpeluh sampai ke kaki dedah nak senarai penderma mereka.

Kata orang berani kerana benar...takut kerana salah.

Lagi pun syarat yang Perdana Menteri bagi bukan susah minta mereka terjun lombong.

Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli cuba 'buat lawak' macam semua orang baru sekolah darjah satu mendakwa sumber wang partinya selama ini adalah dari potongan gaji wakil rakyat dan derma dikutip menerusi tiket di majlis-majlis makan malam anjuranya.

Kalau ikut latar belakangnya Rafizi pernah berkerja di sebuah firma akauntan.Cuba campur-campur potongan gaji wakil rakyat yang tidak seberapa dan jumlah sumbangan menerusi majlis makan malam.

Lepas itu kali,tolak darab dan bahagi dengan semua perbelanjaan pilihanraya masa pilihanraya umum dan pilihanraya kecil.

Hairan bagaimana budak yang belajar di Malay College Kuala Kangsar ini boleh lulus metamatik.

Mungkin bosnya yang sedang 'berehat' dalam penjara senyum simpul mendengar jawapan 'panjang akal' anak buahnya ini.

Kita tidak kata Rafizi menipu tetapi cuma 'tumpang gelak' mendengar alasannya.

Satu dunia tahu adanya sistem dana sumbangan politik di semua negara termasuk di Amerika Syarikat.

Cuma di Malaysia sampai setakat ini tiada siapa yang isytihar.Pernah ada cadangan untuk buat peraturan kena isytihar siapa yang bagi sumbangan politik.Perdana Menteri setuju namun pemimpin pembangkang tidak mahu.

Jadi Rafizi tidak perlulah nak main sorok-sorok.

Lojik akal kata kalau Najib sudah berani nak dedahkan senarai penyumbang derma kepada BN sudah tentu beliau ada sebab munasabah untuk tidak merasa takut.

Nampaknya faktor yang menyekat Perdana Menteri beri jawapan siapa penderma RM2.6 billion itu yang semua orang nanti-nanti itu tidak lain tidak bukan adalah pembangkang sendiri.

Jadi kenapa perlu halakan senapang pada Najib sedangkan 'musuh' sebenar sedang main drama di belakang tembok.

Lagi cepat pembangkang setuju lagi cepat kita semua akan tahu siapa Pak Arab yang murah hati bagi derma itu.- 4/8/2015

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget